Thursday, June 30, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Hari Raya Bakal Menjelma, Tambahkan ‘Seri’ Rumah Dengan Perabot Dari Rozel. Memang Berbaloi!

by Phic Arman
March 24, 2022
Hari Raya Bakal Menjelma, Tambahkan ‘Seri’ Rumah Dengan Perabot Dari Rozel. Memang Berbaloi!
Share on Facebook

Setelah sebulan berpuasa, umat Islam akan menyambut hari raya dan tahun ini mungkin agak berbeza dari tahun sebelumnya. Budaya kunjung-mengunjung ke rumah di pagi raya dibenarkan namun haruslah mematuhi SOP seperti biasa. Lagi-lagi negara kita akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. Sudah pastinya ramai yang sudah mula untuk memikirkan sesuatu yang baru di kediaman masing-masing bukan?

Siapa sahaja yang tidak mahu kediaman dihiasi perabot yang cantik-cantik ketika menyambut lebaran. Tambah seronok lagi, di pagi raya, saudara-mara dan rakan taulan akan berkunjung ke rumah untuk menjamu selera. Pada masa ini lah, kita ingin pastikan kediaman kita diserikan dengan kelengkapan rumah yang ‘indah-indah’.

Bercakap pasal kelengkapan rumah, ada yang sanggup mengeluarkan belanja untuk membeli perabot dan hiasan bagi menyerikan lagi sesebuah ruangan. Kami yakin dengan menghias rumah dapat memberikan satu kepuasan kepada diri sendiri malah jenis hiasan juga dapat menyerlahkan keperibadian pemilik rumah itu sendiri.

Ruang Yang Menjadi Tumpuan

Ketika menyambut hari raya, terdapat dua ruang yang menjadi tumpuan iaitu sama ada ruang makan ataupun ruang tamu. Sebelum menjamu selera di ruang makan, kebiasaannya pengunjung akan terus ke ruang tamu, di mana tempat ahli keluarga berkumpul bersama-sama menonton televisyen atau berkongsikan kisah seharian.

Pemilik kediaman haruslah bijak memilih jenis perabot untuk kedua-dua ruang ini bergantung kepada saiz rumah lagi-lagi jika rumah dengan reka bentuk terbuka. Kreativiti diperlukan oleh pemilik rumah untuk memisahkan sendiri kedua-dua ruangan ini.

Pemilihan perabot juga yang memainkan peranan penting bagi mewujudkan pemisah antara kedua ruangan ini.

Perabot Jenama Rozel  Mampu Bantu Anda Menyelasaikan Masalah

Tak perlu pening kepala! Bagi anda yang sedang mencari sesuatu yang baru untuk kelengkapan rumah, tak salah jika anda mencuba Rozel iaitu jenama perabot kegemaran rakyat Malaysia. Rozel menawarkan pelbagai pilihan perabot seperti sofa, almari perhiasan, katil, set meja makan dan banyak lagi. Jom kita cuci mata sekejap tengok perabot-perabot menarik dari Rozel.

Lebih menarik, sempena Hari Raya yang bakal menjelang, Rozel akan mengadakan jualan eksklusif untuk perabot ruang tamu dan ruang makan. Inilah masanya untuk anda hias rumah dengan perabot kulit dengan perincian mewah Rozel. Kami yakin, tetamu yang datang tak berhenti puji, pemilik rumah pun mesti tersenyum lebar.

Tak cukup bajet? Jangan risau,  jika anda berminat untuk membuat pembelian secara ansuran, Rozel ada menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran dengan 0% faedah sehingga 24 bulan.

Virtual Showroom

Kepada pelanggan yang tak sabar untuk menghias rumah dengan perabot  Rozel sempena hari raya, anda kini boleh memasuki bilik pameran secara virtual sebelum melangkah ke bilik pameran sebenar. Bilik pameran secara virtual ini sebenarnya menepati saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu orang ramai dapat mengelak berada berada kawasan yang sesak.

Ya, anda boleh melihat setiap sudut di bilik pameran dengan hanya menggunakan telefon pintar, tablet ataupun di komputer riba. Mudah bukan?

Selain dapat mencuci mata melihat koleksi perabot yang indah,  pelanggan boleh mengambil masa selama mana yang anda mahu sebelum membuat keputusan yang tepat semasa berada di bilik pameran secara virtual.

Virtual Showroom boleh dikunjungi menerusi  PAUTAN INI dan juga boleh semak di mana showroom terdekat yang anda boleh pergi di PAUTAN INI

Tunggu apa lagi, anda boleh pilih mana-mana barang yang sesuai untuk melengkapkan kediaman menjadi lebih sempurna di hari raya. Kami pasti dengan perabot Rozel, hari raya tahun ini menjadi lebih bermakna buat anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Rozel, korang boleh layari Facebook, Instagram atau laman sesawang INI.

Tags: hari rayaRozel
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Pilihan Yang Lebih Pandai? Sudah Tentu! Pandai Kini Mempunyai Pakej Baharu Premium Lite
Sponsored

Pilihan Yang Lebih Pandai? Sudah Tentu! Pandai Kini Mempunyai Pakej Baharu Premium Lite

by Phic Arman
June 24, 2022

Aplikasi Pandai bukanlah asing dalam kalangan pelajar, ibubapa dan guru-guru. Ia merupakan aplikasi pembelajaran no 1 bagi pelajar sekolah rendah...

Read more
Tak Pernah Menghampakan, Tiara Jacquelina Curah Kreativiti Dalam Video Keselamatan Malaysia Airlines
Inspirasi

Tak Pernah Menghampakan, Tiara Jacquelina Curah Kreativiti Dalam Video Keselamatan Malaysia Airlines

by A.Aided
June 23, 2022

Selebriti dan penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina kini bergelar pengarah buat pertama kali menerusi video keselamatan penerbangan Malaysia...

Read more
Pandora Tampilkan Koleksi Musim Panas Penuh Kesegaran & Memukau
Inspirasi

Pandora Tampilkan Koleksi Musim Panas Penuh Kesegaran & Memukau

by A.Aided
June 21, 2022

Pandora Malaysia telah memperkenalkan koleksi musim panas, Summer Collection 2022 pada 15 Jun di The Rabbit Hole, Kuala Lumpur. Acara...

Read more
Tujuh Ikon Popular Bantu Isu Kemiskinan Masyarakat Islam Di Afrika Timur
Inspirasi

Tujuh Ikon Popular Bantu Isu Kemiskinan Masyarakat Islam Di Afrika Timur

by A.Aided
June 10, 2022

Seramai tujuh orang ikon popular tempatan, bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai ini bagi...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  2. 2

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  3. 3

    ‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    Anak Azhar Sulaiman Sekali Lagi Dikritik Selepas Kongsi Video Seksi Di TikTok

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera