Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Nikki Palikat Sebak Nyanyi Lagu Sudah, Teringat Arwah Siti Sarah

Jelas Nikki, dia berasakan semangat arwah seolah-olah ada dengannya

by Khai Azfar
March 29, 2022
115
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Nikki Palikat dilihat beberapa kali menyeka air mata sebaik mendendangkan lagu terbaharunya berjudul Sudah baru-baru ini.

Terasa Arwah Siti Sarah Seperti Ada 

Menurut Nikki, ‘Sudah’ mengingatkannya kepada Allahyarhamah Siti Sarah yang juga merupakan penyanyi asal lagu tersebut. Jelas penyanyi popular ini, dia berasakan semangat arwah seolah-olah ada dengannya sekaligus mengimbau kembali kenangan dan kebaikan penyanyi kesayangan ramai itu.

“Terasa macam arwah ada dekat sini. Dia seorang penyanyi yang hebat dan memang tiada gantinya”

“Sama-sama kita doakan lagu ini akan sampai ke peringkat AJL kerana sebab itu adalah hasrat Sarah sebenarnya.

Saya tak nak sedih-sedih macam ini sebab arwah seorang yang ceria dan sangat gembira. Kalau dia nampak saya macam ini mesti dia pukul saya” ujar Nikki sebak

Suasana di majlis pelancaran Sudah juga bertukar hiba apabila wartawan serta pihak pengurusan Arwah Sarah, Indigital Music turut mengalirkan airmata disaat Nikki mempersembahkan lagu yang dicipta oleh Naim Daniel itu.

View this post on Instagram

A post shared by Khai Artzfar (@khaiartzfar)

Realisasikan Impian Banyak Pihak 

Menggalas tanggungjawab menyambung ‘Sudah’, Nikki bersyukur kerana dapat merealisasikan impian banyak pihak yang lebih dua tahun tergendala.

“Memang ini satu penghormatan buat saya apabila dapat menyanyikan lagu ini. Sebenarnya pelbagai emosi dirasakan saat kali pertama mendengarkan lagu ini. Ada sesuatu yang menarik perhatian tentang Sudah tatkala mendengarkan melodi dan bait-bait lirik yang menusuk ke dalam hati.

“Sebab itu saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju terlibat sama dalam projek ini. Terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya untuk membawa lagu Sudah,” kata Nikki

Dedahnya lagi, demo lagu ini telah diterimanya ketika masih bersaing dalam Gegar Vaganza 2022. Namun dek berapa kekangan termasuk soal kesihatan yang mengganggu sebaik sahaja GV8 berakhir, lagu ini tidak sempat disiapkan terlebih awal seperti yang dijangka.

Untuk info, pada awal 2019, Sarah pernah meminta lagu daripada Naim untuk dijadikan karya terbarunya.Namun, isteri kepada pelakon dan usahawan, Shuib itu terlebih dahulu menghadap Yang Maha Esa.

Menurut Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom, sebaik sahaja menerima lagu tersebut, mereka melantik Allahyarham Lok U sebagai penerbit Sudah.

“Sarah sempat bertemu Lok U ketika itu dalam satu sesi jamming. Mereka juga sempat berbincang mengenai hala tuju lagu tersebut dan bagaimana ia akan direalisasikan.

“Namun, tak sempat lagu ini dirakamkan, Lok U meninggal dunia pada 21 Januari 2020. Gubahan lagu yang sedang disiapkan juga tidak sempat diserahkan kepada pihak kami,” kata Nana.

Tidak patah semangat dengan apa yang berlaku, Sudah akhirnya diserahkan kepada penerbit popular Indonesia, Irwan Simajuntak.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Shuib Beri Talita Guna Mikrofon Milik Siti Sarah, Raih Perhatian Ramai!
Nikki Palikatsiti sarah
https://lomp.at/zt2g5
Share46Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem