Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Adik Ipar Jadi Mangsa Langgar Lari, Jasmin Hamid Mohon Bantuan Cari Pelaku!

Dia berharap agar nombor pendaftaran kenderaan tersebut dapat dikenalpasti.

by Khai Azfar
March 30, 2022
Share on Facebook

Pelakon Jasmin Hamid memohon bantuan orang ramai untuk mengesan individu yang membawa sebuah kenderaan berwarna hitam selepas adik iparnya telah dilanggar lari oleh pelaku tersebut.

Adik Ipar Alami Kecederaan Serius 

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, menurut Jasmin kecederaan yang dialami oleh adik iparnya berada dalam keadaan serius sehingga mengakibatkan tangan kanan patah dan tulangya juga telah hancur. Jelas Jasmin, dia berharap agar nombor pendaftaran kenderaan tersebut dapat dikenalpasti.

“Saya mohon PERTOLONGAN dan EHSAN kalian untuk menjejaki PLAT NO kereta hitam seperti dalam gambar ini, yang telah LANGGAR LARI adik ipar saya pada 9 Feb 2022 dan menyebabkan TANGAN KANAN adik ipar saya PATAH dan tulangnya HANCUR.

“Kejadian pada 8.45am pada 9 Feb 2020 di Jalan Changkat Bukit Bintang..

“Kereta hitam tersebut telah menggesel motor adik ipar saya semasa dia nak naik motor semula selepas keluar dari kedai runcit yang terletak di tepi jalan Changkat Bukit Bintang dan menyebabkan dia jatuh terseret dan di hempap oleh motornya,” tulis Jasmin

Pelaku Seorang Wanita

Menurut pelakon popular itu, difahamkan individu tersebut merupakan seorang wanita dan ketika kejadian berlaku dia sempat memberhentikan seketika kenderaan yang dipandu sebelum berlalu pergi selepas melihat orang ramai datang memberi bantuan.

“Menurut info dari orang- orang sekitar yang tolong adik ipar saya semasa kejadian dan menerusi CCTV yang di perolehi dari kedai berhampiran tempat kejadian, kereta hitam tersebut di pandu agak laju di kawasan kedai tersebut dan dia berhenti agak jauh ke hadapan selepas LANGGAR adik ipar saya..

“Tetapi bila dia lihat ada orang yang tolong adik ipar saya yang jatuh, dia terus pergi tanpa berpatah balik.

“Kereta itu di pandu oleh seorang PEREMPUAN dan pakai MASK,” kongsinya lagi

Berasa kecewa kerana kes telah ditutup berikutan no plat kenderaan tersebut tidak dapat dikenalpasti, Jamin berharap orang ramai yang mempunyai info mengenainya dapat membantu mereka.

Tegasnya, dia berharap agar pemandu wanita tersebut tampil bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku.

“MOHON PEMANDU TERSEBUT TAMPIL UNTUK TOLONG KAMI DAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KEJADIAN INI.

“Kami telah pun membuat REPORT POLIS sebaik selepas kejadian dan KES TELAH DI SIASAT tapi malangnya masih tak dapat jejak PLAT NO kereta hitam tersebut dan KES TELAH DI TUTUP.

“Kami cuma di beri peluang untuk BUKA KES BALIK jika ada info tentang PLAT NO kereta hitam tersebut.

“Oleh itu saya mohon jasa baik dan ehsan kalian jika ada info tentang kejadian dan dapat trace PLAT NO kereta hitam tersebut seperti dalam gambar ini.

“Pertolongan kalian amatlah saya hargai. Ini adalah IKTHIAR kami anak beranak dan selebihnya saya serahkan pada ALLAH. SILA DM SAYA.” katanya

View this post on Instagram

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Jasmin meluahkan rasa simpati dengan kejadian tersebut dan mengharapkan agar keadilan buat adik iparnya dapat ditegakkan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
jasmin hamid
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara