Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

“Pasal Tu Aku Tak Boleh Duduk Dengan B40” – Pensyarah UiTM Hina Pelajar Kurang Berkemampuan?

Kata-kata yang diucapkan seorang pensyarah universiti tempatan berstatus profesor mendapat perhatian ramai

by Puteri Alia
March 30, 2022
via Twitter

via Twitter

522
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial, video rakaman seorang pensyarah wanita berstatus profesor, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapat perhatian ramai pengguna media sosial hari ini.

Hina Pelajar Tak Ada Komputer Dan Golongan B40

Menerusi rakaman video tersebut, semasa mengadakan kelas dalam talian (online) pensyarah tersebut kelihatan berang kerana mengetahui salah seorang pelajarnya tidak memiliki komputer walaupun sudah masuk semester kelima.

Gaya percakapan pensyarah tersebut yang menegur pelajarnya semasa kelas dalam talian itu, seolah-olah menghina pelajar berkenaan dan golongan B40 serta menganggap pelajar tersebut tidak mengutamakan pelajaran.

“Akan menjadi dropout student. Semester lima kau tak ada komputer. Aku sanggup aku tak ada pakaian. Aku ada lima helai je pakaian. The most important the computer is very very important for me.

Hanya RM800 saja beli komputer apa masalah kau. Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran.” Ujarnya

Sumpah prof ur stupid!! pic.twitter.com/D2wm025HjY

— Itshaziiiq ???? (@mhba_co) March 30, 2022

Trending Di Twitter

Video yang tular itu kini trending di Twitter dengan jumlah ciapan sebanyak 167K dan menjadi bualan serta perdebatan hangat dikalangan warga Twitter.

“Saya tak kisah betapa kaya atau berpendidikan anda, itu bukan cara anda bercakap dengan pelajar anda. Prof. Jangan. Sesekali. Bersikap Biadap!”

“Seriuslah tak semua orang mampu kot, masa aku belajar pun pinjam laptop buat tugasan” ciap mereka

via Twitter

“Point tu ada, tapi cara dia sampaikan agak kasar”

“Saya benar-benar menangis bila dia kata “tak boleh duduk dengan orang B40″ macam seriuslah kami menyusahkan sampai macam tu ?” ciap mereka lagi

via Twitter

UiTM Keluar Kenyataan Media

Berikutan isu yang tular itu, UiTM mengeluarkan kenyataan media dan mengatakan pihak universiti tempatan berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pensyarah tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pihak universiti berkenaan juga akan menyediakan dana untuk pelajar yang kurang berkemampuan untuk kemudahan pembelajaran.

“Pihak universiti telah meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas dan sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.” UiTM

https://twitter.com/uitmofficial/status/1509023726524071939

B40Prof UITM
https://lomp.at/9m6p2
Share209Tweet131SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem