Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Harith Iskander Tak Setuju Kantin Sekolah Ditutup Sepanjang Bulan Ramadan

Harith turut menyatakan bahawa dia mahu mengetahui bila semua ini akan bertukar hingga pihak sekolah terpaksa melakukan undang-undang sebegitu

by Naddy Joe
April 6, 2022
Share on Facebook

Pelakon, pelawak, dan pengacara Harith Iskander tampil bersuara mengenai isu kantin sekolah yang ditutup sepanjang bulan ramadhan di Sekolah kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur untuk melatih murid-murid berpuasa dan menghormati mereka yang berpuasa.

“Yang Tak Puasa Tahu Ada Yang Puasa”

Menerusi hantaran di Instagram, Harith dilihat memuatnaik tangkap layar WhatsApp mengenai penutupan kantin sekolah itu turut berkongsi bahawa ketika zaman persekolahannya, individu yang tidak berpuasa menghormati orang yang berpuasa malah pergi makan di kantin sewaktu bulan ramadan tanpa sebarang paksaan.

“Waktu saya sekolah dulu, (SMK St Johns) yang puasa tahu ada member yang tak puasa (lain agama) tapi kami faham je. Relax je.

Yang tak puasa tahu ada yang puasa, lagi dia orang secara automatik respek kita (tak payah paksa. Waktu rehat dia orang pergi kantin-tak da hal bagi kita “-Harith

View this post on Instagram

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

Persoal Bila Semua Peraturan Ini Akan Bertukar

Tambahnya lagi, Harith turut menyatakan bahawa dia mahu mengetahui bila semua ini akan bertukar hingga pihak sekolah terpaksa melakukan undang-undang sebegitu yang menyebabkan budak-budak yang tidak berpuasa rasa takut dan serba salah berdepan dengan rakan-rakan yang berpuasa.

“Yang saya nak tahu: bila dan tahun berapa semua ni bertukar sampai sekolah kena paksa undang-undang macam ni?

Yang menyebabkan budak-budak yang tak puasa rasa ‘takut’ atau ‘serba salah’ berdepan dengan kawan-kawan mereka yang berpuasa.

Yang puasa pulak malu berdepan dengan kawan-kawan mereka yang tak puasa- sebab mereka tak dibenarkan buat macam biasa.”-Soal Harith

Pelbagai Reaksi Netizen & Rakan Artis

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis seperti Deborah Henry dan Che Puan Sarimah Ibrahim turut tampil memberikan pendapat mereka terhadap isu panas tersebut.

“Islam tidak mengenakan kesukaran sedemikian kepada bukan Islam dan ini hanya akan menimbulkan ketakutan dan kemarahan terhadap Islam dan umat Islam.”- Che Puan Sarimah Ibrahim

“Kita perlu menyelamatkan sekolah kebangsaan dari segala bentuk ancaman. Ibu bapa terus bersuara dan didengari. Ajar anak anda untuk mempersoalkannya.”-Deborah Henry

“Kesian management sekolah macam ni..”

“Ini akan mendorong dari Hormat kepada BENCI! Orang yang berfikiran sempit melakukan peraturan sedemikian. SEDIH”

Walaubagaimanapun, dipetik dari laporan The Star, yang menyatakan bahawa ibubapa kesemua 11 pelajar bukan Islam bersetuju dengan penutupan kantin sepanjang bulan puasa, dan menambah bahawa mereka boleh menyediakan makanan dari rumah untuk anak-anak mereka.

Harith Iskander
https://lomp.at/3g9e2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara