• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

“Yang Kaya Kroni Kayangan”- Netizen Persoal Pensijilan Sirim ‘Face Mask’, Tapi Kenapa Sampai Sebut Nama Nurul Zahid

Netizen tidak setuju dengan perintah pelitup muka perlu penandaan Sirim

by Puteri Alia
April 7, 2022
Share on Facebook

Kecoh isu pelitup muka bukan perubatan perlu memohon perakuan dan penandaan Sirim yang berkuatkuasa pada 4 Julai ini nanti, membuatkan ramai pengguna media sosial bangkit bersuara meluahkan rasa tidak puas hati dan pandangan masing-masing mengenai isu tersebut.

Persoal Kos Pensijilan Mahal

Salah seorang pengguna di Twitter berkongsi tangkap layar maklumat kos pensijilan yang dikenakan ke atas syarikat dan individu yang menjual pelitup muka bukan perubatan bagi mendapatkan penandaan Sirim dan menulis ciapan dengan mempersoalkan kos tinggi yang dikenakan.

“Perakuan Sirim – Pensijilan Produk: Min RM9,500 -Pensijilan Batch: Min RM6,000 Kos ni siapa nak tanggung nanti? Turunkan kepada pelanggan lah kan? Kerajaan sedap kaut duit! Negara lain dah mula bincang tak perlu pakai pelitup muka, Malaysia pula cari peluang lagi tekan pembekal!” ciap netizen

via Twitter

Anggap Penandaan Sirim Tak Masuk Akal

Dalam pada itu, ramai warga Twitter memberi pandangan pensijilan Sirim pada pelitup muka semasa fasa endemik ini dianggap langkah yang tidak wajar dan tidak masuk akal. Apatah lagi, denda yang dikenakan sangat tinggi mengalahkan denda pemandu mabuk.

“Masa pandemik tak payah sirim.. Dah nak masuk endemik kena ada sirim pula.. Nak kaya menantu ke ni.. Denda lak melampau-lampau tak masuk akal.. Memandu mabuk pun tak denda sampai RM100k..”

“Kat Singapura dah tak payah pakai pelitup muka dah kalau kat luar. Malaysia kalau taknak implement gini pun sekurang-kurangnya toksah lah nak pelitup muka SIRIM bagai” ciap mereka

via Twitter

“Hurmm.. Apa pasal lah sekarang ni baru nak libatkan Sirim Q.. Nanti beban kos tu tolak kat pengguna.. Yang kaya kroni kayangan”

“Ni kalau masuk penjaga sebab pelitup muka tak ada sirim memang epik. Bayang kan dalam penjara orang tanya kau buat jenayah apa. Jawab pula sebab pakai pelitup muka tak ada SIRIM” ciap mereka lagi

Nurul Zahid Pun Dikaitkan, Kenapa?

Tak kurang juga yang mengaitkan isu ini dengan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid. Ini kerana netizen terjumpa wajah anak kepada Presiden UMNO itu terpampang pada salah satu jenama topeng pelitup muka terkemuka. Difahamkan jenama tersebut telah mendapat perakuan dan penandaan Sirim seperti yang pernah dimaklumkan di media sosial mereka.

Dah nak fasa endemik wajar ke pelitup muka dikenakan perakuan sebegini, sudah pastinya kos pelitup muka akan meningkat naik di pasaran nanti. Apa pandangan anda?

Pelitup MukaSirim
https://lomp.at/6serv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

by Phic ARMAN
January 20, 2022

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya...

Read moreDetails
FAKTA

Berhantu? Ini Senarai Tempat ‘Keras’ Yang Ada Di Malaysia

by Jash Lee
August 15, 2020

Anda pernah dengar filem mistik yang bertajuk 'Bangunan'? Jom kita tengok bagaimana filem ini dirakam dan misteri tempat yang dikosongkan...

Read moreDetails
FAKTA

Selepas ‘Kardashians Kelantan’, ‘The Azmin’Pula Jadi Tumpuan Netizen

by Khai Azfar
July 16, 2021

Sejak minggu lalu, anak-anak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tumpuan warganet berikutan salah seorang daripadanya menafikan bahawa mereka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore