Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Hujan Tak Lama Pun, Tapi Banjir”- Syed Saddiq Bengang Kerajaan Buat Tak Tahu

Syed Saddiq menyatakan bahawa ia adalah situasi yang terlalu kritikal untuk berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

by Naddy Joe
April 28, 2022
via Instagram Syed Saddiq & Kosmo

via Instagram Syed Saddiq & Kosmo

Share on Facebook

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil bersuara terhadap bencana banjir yang melanda Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu disebabkan keadaan hujan lebat yang berterusan.

Situasi Kritikal Untuk Kuala Lumpur

Menerusi Insta Stories, Syed Saddiq menyatakan bahawa ia adalah situasi yang terlalu kritikal untuk berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

“Kuala Lumpur: Bandar Tak Tahan Hujan Lebat. 2 hari lepas Kuala Lumpur sekali lagi dilanda banjir. Hujan lebat yang turun pada belah petang telah menghalang kenderaan untuk gunakan beberapa jalan utama sekitar KL.

Hujan tak lama pun- tetapi KL telah dilanda banjir. Ini situasi yang terlalu kritikal untuk KL. Tak masuk akal bagaimana nasib ibu kota Malaysia bergantung kepada keadaan cuaca pada hari-hari tertentu.”-Syed Saddiq

Kuala Lumpur Bukan Bandar Yang Biasa

Tambahnya lagi, dia turut berpendapat Kuala Lumpur bukanlah bandar yang biasa dan menjadi  kawasan paling banyak pelabur dan syarikat konglomerat bertapak namun masih berlaku banjir setiap kali hujan lebat.

“Kalau hujan lebat, banjir. Kalau tak hujan, tak ada banjir. Ini bukan bandar biasa. Ini ibu negara Malaysia. Ini mercu negara. Tempat paling banyak pelabur dan syarikat konglomerat bertapak. Kawasan paling banyak mendirikan bangunan kedutaan asing.”-Syed Saddiq

via Instagram Syed Saddiq

Tiada Respon Dari Pihak kerajaan & Menteri Wilayah

Syed Saddiq mendedahkan bahawa tiada respon yang serius dari pihak Kerajaan Malaysia dan Menteri Wilayah terhadap situasi yang sedang melanda ibu kota.

“Tapi setiap kali hujan, banjir. Malulah. Malangnya tidak ada respon yangs erius dari Kerajaan Malaysia dan Menteri Wilayah (Saya fikir memang tidak akan ada respon sebab soal banjir ini dianggap biasa berlaku).”-Syed Saddiq

Dipetik dari Berita Harian, beberapa jalan utama di sekitar ibu negara ditenggelami air susulan hujan lebat berterusan kira-kira satu jam. Keadaan itu mengakibatkan berlaku kesesakan teruk berikutan berlaku pada waktu puncak orang ramai pulang dari tempat kerja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
syed saddiq
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara