Wednesday, June 29, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Makin Pupus! Jom Rasai Pengalaman Bersama Tuntung Sungai, Tarikan Terbaru Di Sunway Lagoon

by Phic Arman
April 29, 2022
Makin Pupus! Jom Rasai Pengalaman Bersama Tuntung Sungai,  Tarikan Terbaru Di Sunway Lagoon
Share on Facebook

Sunway Lagoon memperkenalkan tarikan baharu iaitu ‘River Terrapin Conservation Awareness’ program kerjasama dengan PERHILITAN. Raya kali ini merupakan satu kepulangan sahabat Tuntung Sungai mereka ke Sunway Lagoon.

Matlamat program ‘River Terrapin Conservation Awareness’ ini adalah untuk memperkembangkan populasi liar haiwan ini, kerana ia disenaraikan sebagai salah satu ‘Spesis Terancam yang Kritikal’ dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia 2010.

Sunway Theme Parks dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya Matlamat 17 – Kerjasama untuk capai matlamat menghidupkan semula usaha kerjasama bagi pembangunan lestari. Spesis Tuntung Sungai ini boleh ditemui di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Selatan Thailand.

IKLAN

Majlis Perasmian Program Permuliharaan Tuntung Sungai di Sunway Lagoon bersempena Kempen Cahaya Aidilfitri

Sebanyak empat ekor Tuntung Sungai yang ditempatkan di rumah baharu mereka di taman Sunway Lagoon Wild Life. Aktiviti pemuliharaan ini bermula daripada pengumpulan telur, pengeraman, penjagaan selepas menetas dan pelepasan Tuntung muda ke habitat asal supaya ianya boleh dikawal selia dan dipantau rapi oleh pegawai PERHILITAN. Semua langkah ini bertujuan untuk memperluaskan populasi mereka. Aktiviti kesedaran pemuliharaan lain juga akan dianjurkan dengan kerjasama PERHILITAN pada masa akan dating.

Selain daripada Program Kesedaran Pemuliharaan Tuntung Sungai di Sunway Lagoon, rakan saudara mereka Sunway Lost World Of Tambun akan mengalu-alukan sepasang Kijang ke Sunway Lost World Petting Zoo pada Hari Raya ini. Ini adalah program pertukaran haiwan dengan rakan kongsi lama mereka, Zoo Melaka dengan kelulusan pihak PERHILITAN. Para tetamu akan dapat melihat mereka bermain-main dengan Kijang hanya di Sunway Lost World Of Tambun.

Tahun ini lebih bermakna kerana dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang tersayang dan bersatu semula bersama saudara yang dekat dan jauh. “Cahaya Aidilfitri” menjadi tema Raya Sunway Lagoon pada tahun ini agar kita dapat meraikannya dengan penuh gemilang. Sunway Lagoon mengalu-alukan semua tetamu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun dari 18 April 2022 hingga 2 Jun 2022.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: ‘River Terrapin Conservation Awareness’sunway lagoonSunway Lost World Of Tambun
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangor Untuk Anak Anda!
Jalan-Jalan

Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangor Untuk Anak Anda!

by Aphit J.
June 11, 2022

Menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga adalah kualiti masa terbaik yang boleh dilakukan pada setiap hujung minggu! Semuanya boleh dilakukan...

Read more
Selepas Ampang Park, Kini Plaza OUG Pula Bakal Dirobohkan & Ini Projek Pembangunan Baharu Akan Dibina!
Jalan-Jalan

Selepas Ampang Park, Kini Plaza OUG Pula Bakal Dirobohkan & Ini Projek Pembangunan Baharu Akan Dibina!

by Phic Arman
June 8, 2022

Selepas pusat beli-belah pertama di Malaysia, Ampang Park dirobohkan pada tahun 2017, kini giliran Plaza OUG pula. Bangunan berusia lebih...

Read more
Wow! Jom Intai 5 Tempat Pelancongan “Viral” Dan Baru Di Negeri Selangor 2022!
Jalan-Jalan

Wow! Jom Intai 5 Tempat Pelancongan “Viral” Dan Baru Di Negeri Selangor 2022!

by Aphit J.
June 4, 2022

Negeri Selangor terkenal dengan tarikan pelancongannya sendiri. Tahukah and, pihak Tourism Selangor telah beberapa Tempat Viral untuk anda lawati. D...

Read more
Bersedia Ke Singapura? Jom Terokai Bandar Tersebut Menerusi SingaporeReimagine
Jalan-Jalan

Bersedia Ke Singapura? Jom Terokai Bandar Tersebut Menerusi SingaporeReimagine

by Aphit J.
June 4, 2022

Singapura bersiap sedia untuk menyambut kembali ketibaan pelancong terutamanya dari Malaysia melalui pengalaman baharu dan inovatif. STB Melancarkan SingapoReimagine [caption...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  2. 2

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  3. 3

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera