Thursday, June 30, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya Fesyen

Siapa Sangka, Rupanya Busana Alicia Keys Ke Met Gala 2022 ‘Ciplak’ Idea Pereka Malaysia

by Zaidin Albert
May 6, 2022
Siapa Sangka, Rupanya Busana Alicia Keys Ke Met Gala 2022 ‘Ciplak’ Idea Pereka Malaysia
Share on Facebook

Met Gala mungkin merupakan acara paling berprestij dalam industri fesyen dan namun pada tahun ini siapa sangka telah muncul isu ciplak idea pereka lain. Lebih mengejutkan, idea yang diciplak oleh pereka dari Malaysia.

Jenama terkemuka dunia Ralph Lauren telah dituduh menciplak gaun oleh pereka Malaysia, Datuk Zang Toi. Berdasarkan laporan oleh New York Post, gaun diciplak yang dimaksudkan itu dipakai oleh penyanyi Alicia Keys ke Met Gala 2022 baru-baru ini di New York City. Gaun yang direka oleh Ralph Lauren, menyerupai rekaan latar langit New York hitam putih Toi daripada koleksi Spring 2009 miliknya.

Foto VIA New York Post

“Gaun saya diilhamkan dari rumah angkat saya, New York City,”

“Saya datang ke sini 41 tahun lalu dengan $300 (RM1,312.50) untuk belajar di Parsons School of Design dan saya mahu menunjukkan rasa cinta dan penghargaan saya untuk bandar yang menemani saya – dan membenarkan saya mencapai Impian di Amerika,” kongsi Toi.

Walaupun busana dari Toi adalah daripada koleksi Spring 2009, ia kemudiannya dipakai oleh model Malaysia, Ling Tan, pada Anugerah Fesyen CFDA 2010 dan ia dipamerkan semula pada 2020.

IKLAN

Foto VIA New York Post

“Saya memutuskan untuk mengeluarkan busana langit New York yang ikonik, keindahan abadi tidak pernah ketinggalan zaman – untuk memberi penghormatan kepada bandar kegemaran saya pada pertunjukan fesyen ‘New York, New York’ pada tahun 2020″- tambah Toi.

Dia juga menggunakan laman Twitternya untuk menyebut Ralph Lauren mengenai persamaan gaun mereka.

Foto VIA Twitter Zang Toi

“Ironinya, saya membuka ‘F2020 Runway Show’ saya dengan ‘Empire State of Mind’ Alicia Key yang hebat. Pasukan Ralph Lauren memberi perhatian yang sangat, sangat teliti,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis Ralph Lauren masih belum mengulas mengenai perkara itu.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Alicia KeyAlicia KeysZang Toi
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Ramai Benci Saya”- Brad Pitt Syaki Menderita Penyakit Prosopagnosia
Hollywood

“Ramai Benci Saya”- Brad Pitt Syaki Menderita Penyakit Prosopagnosia

by Phic Arman
June 23, 2022

Brad Pitt mengesyaki dia menghidap prosopagnosia, atau ketidakmampuan untuk mengenali atau membezakan wajah seseorang. Penyakit ini  menyukarkannya untuk mengingati wajah...

Read more
Billie Eilish Datang Malaysia Buat Konsert! Harga Tiket Bermula RM308 Jer
Hollywood

Billie Eilish Datang Malaysia Buat Konsert! Harga Tiket Bermula RM308 Jer

by Zaidin Albert
June 23, 2022

Berita baik kepada yang merindukan suasana konsert artis antarabangsa, penyanyi popular Billie Eilish, akan datang ke Malaysia! Mengambil halaman Facebook...

Read more
Khabar Angin Zendaya Hamil! Tom Holland Tidak Sabar Mempunyai Anak
Hollywood

Khabar Angin Zendaya Hamil! Tom Holland Tidak Sabar Mempunyai Anak

by Aphit J.
June 19, 2022

Khabar angin tersebar kononnya Zendaya hamil luar nikah dengan kekasihnya, Tom Holland tersebar secara meluas di TikTok dan juga Instagram....

Read more
Kecoh! Perkahwinan Britney Spears Dan Sam Dihancurkan Oleh Bekas Suami?
Hollywood

Kecoh! Perkahwinan Britney Spears Dan Sam Dihancurkan Oleh Bekas Suami?

by Zaidin Albert
June 10, 2022

Bekas suami Britney Spears, Jason Alexander, menceroboh lokasi pernikahan Britney dan Sam Asghari, yang diadakan pada hari Khamis (9/6) waktu...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  2. 2

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  3. 3

    ‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    Anak Azhar Sulaiman Sekali Lagi Dikritik Selepas Kongsi Video Seksi Di TikTok

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera