Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Selamat Hari Ibu Mak”- Hati Anita Baharom Luluh, Ibu Meninggal Pada Syawal Kelima

Selepas pemergian suami, Anita diuji pula dengan kehilangan ibu tersayang.

by Arsiqin Yusof
May 9, 2022
Share on Facebook

Ramai antara kita yang masih mempunyai ibu meraikan sambutan Hari Ibu semalam, 8 Mei 2022.

Namun situasi perit dialami pelakon Anita Baharom apabila ibunya, Wirmah Aminah Bee menghembuskan nafas terakhir pada 6 Mei lalu. Hal tersebut dikongsi Anita menerusi akaun Instagram miliknya.

“Selamat Hari Ibu Mak, Ita rindu Mak,” – Anita Baharom

Coretan itu disertakan bersama foto Anita mencium tangan Allahyarham ketika hayatnya masih dikandung badan.

Foto via Instagram Anita Baharom

Sementara dalam dua entri sebelumnya, Anita terlebih dahulu telah memaklumkan tarikh pemergian dan lokasi Allahyarham dikebumikan.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, Mak Ita dah tiada. Wirmah Binti Pawanchee, Al-Fatihah. Jenazah di Taman Orkid Fasa 4 Sungai Petani.

“Syurga Ita dah tak ada Mak. Semoga Mak bahagia tenang di alam sana. Ita sayang Mak dunia akhirat. Kita jumpa di sana ya Mak. Semoga Mak dapat jumpa Abah dan Ismadi, kami rindu Mak.

“Al-Fatihah Wirmah Binti Aminah Bee, 16 Disember 1948 – 6 Mei 2022,”- Anita Baharom

Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikut Anita bersama beberapa rakan selebriti mengucapkan takziah dan memberi kata-kata semangat kepada Anita. Ada juga antara mereka yang memahami peritnya rasa kehilangan insan tersayang.

“Salam takziah, dugaan, sabar ya,” – Mona Allen

“Inalillahiwainailahirojiun… besar dugaan Ita. Ita kuat okay. Takziah Ita, Abang Zul dan keluarga,” – Amar Baharin

“Salam Takziah,” – Feeya Iskandar

Foto via Instagram Anita Baharom
Foto via Instagram Anita Baharom

Terdahulu, Anita diuji dengan pemergian suaminya, Ismadi Ismail pada 1 Januari lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham, Anita ditinggalkan bersama tiga cahaya mata Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Anita BaharomIbu Anita Baharommeninggal dunia
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara