Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Awesome TV Akui Rasa Teruja Dapat Siarkan Debat Perdana Menampilkan Dua Ahli Politik Berpengaruh

by Phic ARMAN
May 12, 2022
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV bakal membawakan siaran langsung program istimewa ‘Debat Perdana’ yang menampilkan dua figura berpengaruh dalam arena politik tanah air, Dato’ Sri Najib Razak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada jam 9.00 malam menerusi platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112.

Program debat bersejarah di antara bekas Perdana Menteri dan Presiden PKR yang juga merupakan Ketua Pembangkang yang diadakan di Auditorium, Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) pada malam ini akan berkongsi gelanggang buat pertama kali dalam sesi debat awam untuk merungkai polemik yang melanda Sapura Energy Berhad (SEB) serta mengupas pelbagai isu panas berkaitan hala tuju negara daripada aspek ekonomi, politik dan urus tadbir.

Cabaran sesi debat malam ini tercetus selepas Najib dan Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli saling berbalas pandangan dan kritikan di media sosial berhubung isu kewajaran menyelamatkan (bailout) Sapura Energy Berhad (SEB).

Ketua Pegawai Eksklusif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas berkata,

“Kami di Awesome TV berasa teruja diberi peluang untuk menyiarkan Debat Perdana eksklusif di antara Dato’ Sri Najib Razak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara langsung di platform kami pada malam ini.
Sebagai sebuah stesen penyiaran baharu, ia merupakan sebuah penghormatan kepada kami untuk menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah ini serta turut sama diberi ruang untuk meraikan semangat politik negara yang dilihat lebih matang dan terbuka ini.
Kami merasakan program debat secara terbuka yang julung kali diadakan seumpama ini mampu memberi peluang kepada rakyat untuk menilai dan meraikan pandangan dalam suasana yang aman dan harmoni.”

https://lomp.at/a31pn
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem