Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Berhati-hatilah Dengan…”- Ustazah Asma Harun ‘Sound’ Ifa Raziah?

Yang penting adalah apa perubahan yang berlaku selepas pulang menunaikan haji atau umrah.

by Naddy Joe
May 25, 2022
Share on Facebook

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran selepas pelakon, penyanyi, dan pengacara Ifa Raziah baru-baru ini memberikan kenyataan mengejutkan berhubung isu menutup aurat dan makanan halal.

Berhati-Hati Jika Sentiasa Diberikan Nikmat Tanpa Henti Walau Hidup Dalam Fasiq

Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma menitipkan pesanan agar berhati-hati sekiranya sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah walaupun hidup dalam keadaan fasiq.

“Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemaksiatan yang dilakukan dan tidak disegerakan azab ke atasnya.”-Ustazah Asma

Apa Perubahan Pada Diri Selepas Pulang Mengerjakan Umrah atau Haji

Tambahnya lagi, pendakwah bebas ini turut memberitahu peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada insan yang terpilih namun yang penting adalah apa perubahan yang berlaku selepas pulang menunaikan haji atau umrah.

“Alhamdulillah peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada mereka yang terpilih, namun kayu ukur yang lebih penting ialah APA PERUBAHAN yang berlaku pada diri kita  SELEPAS PULANG daripada haji atau umrah?

Adakah akhlak dan ibadah kita lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk? Allahu Akbar.”-Ustazah Asma

Beri Teguran Bukan Untuk Kejar Populariti

Dalam pada itu, Ustazah Asma menjelaskan bahawa dirinya bukanlah memberikan teguran hanya mahu mengejar populariti kerana ia bukanlah satu kebanggaan atau anugerah.

“Para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, sebaliknya hanya alat dan amanah digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran. Kita akan dipertanggungjawabkan kelak.”-Ustazah Asma

Pendakwah bebas ini turut memberitahu mengenai penulisannya itu lahir daripada rasa kasih sayang  dan hormat kepada semua, atas dasar saudara se-Islam. Malah menitipkan pesanan mengenai cara hidup manusia di atas bumi Allah ini bukanlah semata-mata bersandarkan logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

Topik Berkaitan [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-"16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat.."
YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ifa raziahUstazah Asma Harun
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara