• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

‘Hanya 18 Bulan?’- Netizen Persoal Hukuman Penjara Bekas Anggota Big Bang Seungri

Tempoh tahanan bekas ahli kumpulan Kpop terkenal itu mendapat banyak respon dan reaksi netizen

by Puteri Alia
May 26, 2022
via Soompi/Instagram Seungri

via Soompi/Instagram Seungri

Share on Facebook

Kes perjudian dan pelacuran berprofil tinggi Burning Sun yang membabitkan bekas anggota kumpulan Big Bang, Seungri pada enam tahun lalu masih segar dalam ingatan orang ramai yang mengikuti perkembangan kes tersebut.

Terbaru media Korea Selatan, Soompi melaporkan bahawa bekas penyanyi tersebut akan menjalani hukuman penjara selama 18 bulan. Keputusan dibuat oleh Mahkamah Agung Korea dan memutuskan tertuduh akan menjalani hukuman sehingga bulan Februari tahun depan.

Netizen Persoal Tempoh Hukuman

Pada awalnya Seungri dihukum menjalani tiga tahun hukuman, namun selepas mengaku bersalah mahkamah rayuan mengurangkan tempoh hukuman selama 18 bulan atau setahun dan enam bulan. Malah Mahkamah Agung Korea juga telah mengesahkan tempoh hukuman tersebut.

Berita yang tular di media sosial itu mendapat banyak respon dan reaksi dari warganet, rata-rata ramai pengguna media sosial mempersoalkan tempoh hukuman yang dijatuhkan terhadap tertuduh sangat singkat dan mengatakan ia tidak adil.

“Hanya 18 bulan?”

“Keluar Februari? Blackpink hiatus pun lagi lama dari itu. Dengan banyak pertuduhan, hukuman dia agak ringan.”

“18 bulan???? Kes mahkamah lagi lama dari hukuman sebenar bang.”

“Mereka ambil masa 6 tahun untuk 18 bulan tahanan.” Ciap mereka hampa

via Twitter

“Patutnya 18 tahun”

“Macam mana boleh hanya 18 bulan.. Dia ada peguam yang bagus kerana ia sangat rendah.”

“6 tahun untuk 18 bulan? Sememangnya lawak.”

“Sekali lagi sistem keadilan membuktikan mereka tidak ambil berat tentang wanita.” Ciap netizen berang

via Twitter

Sekadar info, Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun didakwa bersalah diatas ke semua sembilan pertuduhan termasuklah menjadi orang tengah membeli pelacur dan mengaturkan perkhidmatan pelacuran kepada pelabur.

Serta terlibat dengan jenayah gangguan seksual, keganasan dan juga perjudian antarabangsa. Kontroversi kes berporfil tinggi yang berjalan selama enam tahun ini diakhiri dengan tahanan tertuduh selama setahun dan enam bulan dan dijangka keluar penjara pada bulan Februari tahun depan!

bigbangburning sunseungri
https://lomp.at/kc0tq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Oxfarm International
Antarabangsa

Apa? Isteri Menyusukan Suami? Ini Sebab Mengapa Budaya Pelik Ini Diamalkan Oleh Lelaki Afrika

by Aphit J.
December 13, 2020

Percaya atau tidak, beberapa kawasan di Afrika kaum lelaki di sana mahu disusukan isteri-isteri mereka sama seperti bayi. Menurut Health...

Read moreDetails
Foto - The Independent/Reuters
Antarabangsa

Untunglah! Selain China, Rakyat Di 4 Negara Ini Kini Bebas Tanpa Pelitup Muka

by Puteri Alia
July 12, 2021

Seronoknya tak perlu pakai pelitup muka lagi! Itulah situasi yang dihadapi oleh rakyat di beberapa buah negara di luar negara,...

Read moreDetails
Antarabangsa

Bukan Mati Lemas? Kematian Tangmo Nida Diragui, Temui Luka Besar Di Peha

by Khai Azfar
March 3, 2022

Kematian pelakon popular Thailand, Tangmo Nida, 38 akibat terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya minggu lalu kini menjadi...

Read moreDetails
Antarabangsa

5 Kelakuan Aneh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn Yang Pasti Mengejutkan

by Jash Lee
December 7, 2020

Thailand telah mengadakan demonstrasi selama lebih daripada tiga bulan. Demonstrasi ini dilakukan bagi mendesak Perdana Menteri Thailand iaitu Prayuth Chan-ocha...

Read moreDetails
Antarabangsa

Mengejutkan! Dalam Masa 4 Bulan, 4 Artis Jepun Ini Maut Kerana Bunuh Diri

by Naddy Joe
September 17, 2020

Kes bunuh diri dalam kalangan artis bukan lagi benda baru dalam kehidupan. Siapa sangka di sebalik kemeriahan dunia hiburan di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore