Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau pempengaruh.
Seungri Bakal Timang Anak Pertama
Berita perkahwinannya itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai, malah dia turut mendedahkan bakal menimang seorang bayi lelaki pada Januari 2027.
Dia pada masa yang sama berkongsi bahawa dia tidak mengadakan majlis perkahwinan buat masa sekarang dan sedang memberi tumpuan kepada penjagaan pranatal bersama isterinya.
Didakwa Serang Seorang Lelaki Di Sebuah Restoran
Seungri baru-baru ini disaman atas serangan dan ugutan khas. Seorang lelaki berusia 30-an, dikenal pasti sebagai Encik A, mendakwa penyanyi itu telah menyerangnya di sebuah restoran di Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan.
Sebagai tindak balas, dia menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan Encik A, yang dalam keadaan mabuk telah menghampiri meja makannya tanpa diundang dan memaksanya untuk menyertai mereka.
Berulang kali ditolak, Encik A enggan pergi menyebabkan penyanyi itu mengambil sebotol alkohol, walaupun dia menegaskan bahawa dia tidak memukul atau mengugut sesiapa.











