Monday, June 27, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Iman Troye Tawarkan RM300 Kepada Pelajar Cemerlang SPM? Siapa Cepat Dia Dapat!

by Phic Arman
June 16, 2022
Iman Troye Tawarkan RM300 Kepada Pelajar Cemerlang SPM? Siapa Cepat Dia Dapat!
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Iman Troye nampaknya ingin memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang yang baru sahaja menerima keputusan SPM hari ini. Menerusi IG Stories sebentar tadi, pemilik lagu Nang ini menawarkan RM300 kepada 10 pelajar yang mendapat peningkatan keputusan dari G ke A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hari ini.

Iman yang juga duta pusat ilmiah, PTTI, berkata mana-mana ibu bapa atau pelajar berkenaan sendiri boleh menuntut ganjaran itu dengan menghantar mesej peribadi ke akaun Instagram (IG) rasmi @pttionline beserta bukti slip keputusan SPM.

VIA IG Iman Troye

Kata penyanyi lagu Nang itu lagi, konsepnya siapa cepat, dia layak menerima imbuhan terbabit.

“Saya tahu nilai RM300 itu tidak besar mana, tapi saya yakin setiap usaha itu pasti beroleh kebaikan dan ganjaran.

“Bukan mudah belajar dan menempuhi peperiksaan di era pandemik COVID-19 dulu. Tapi yang berjaya dapat keputusan cemerlang ini, mereka membuktikan kesungguhan itu tanpa prejudis.

IKLAN

“Jadi, lekas ke IG @pttionline dan DM pihak mereka untuk menuntut ganjaran itu. Ingat, hanya 10 terawal yang saya dan PTTI cari,” katanya.

Dalam masa yang sama, Iman mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada pelajar SPM 2021 yang berjaya membanggakan diri anda dan keluarga. Katanya lagi, yang tidak berjaya pula jangan cepat putus asa kerana ia bukan penamat segala-galanya.

Seperti yang dilaporkan oleh FMT, seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2021 memperoleh keputusan semua A.

Untuk rekod, seramai lebih 5,247 pelajar PTTI mendapat keputusan SPM 2021 hari ini. Rata-ratanya mendapat peningkatan keputusan mendadak. Difahamkan Iman pernah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2019 serta mendapat sijil dekan di universiti.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Iman Troye
Share13Tweet8SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

‘Super Gorgeous’- Ning Baizura, Artis & Peminat Teruja Lihat Wajah Terkini Datin Seri Camelia
Selebriti

‘Super Gorgeous’- Ning Baizura, Artis & Peminat Teruja Lihat Wajah Terkini Datin Seri Camelia

by Mas Ayu
June 27, 2022

Jurusolek terkemuka, Khir Khalid berkongsi foto Datin Seri Camelia di media sosialnya baru ini mengundang perhatian ramai selebriti tanah air...

Read more
Ada Yang Panggil Seperti Dajjal, Dress Hitam Aina Abdul Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Gossip

Ada Yang Panggil Seperti Dajjal, Dress Hitam Aina Abdul Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
June 27, 2022

Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) yang telah diadakan pada 25 hingga 26 Jun baru-baru ini telah...

Read more
Nikki Palikat Anggap Perceraian Bukannya Bermakna Dia Gagal
Lokal

Nikki Palikat Anggap Perceraian Bukannya Bermakna Dia Gagal

by Zaidin Albert
June 27, 2022

Siapa sangka, sebuah perkahwinan yang dibina sejak 2009 tidak berpanjangan untuk penyanyi Nikki Palikat, 36, bekas suami, komposer Audi Mok....

Read more
Puteri Sarah Jawab Dakwaan Netizen Kononnya Tiada Bukti Kukuh Nak Saman Ira Kaza
Gossip

Puteri Sarah Jawab Dakwaan Netizen Kononnya Tiada Bukti Kukuh Nak Saman Ira Kaza

by Naddy Joe
June 27, 2022

Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab soalan peminat mengenai tindakan undang-undang yang diambil terhadap  Ira Kaza yang menjadi punca rumah...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

  3. 3

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  4. 4

    “Nak Sangat Aku Serang Kau Ke!”-Zarina Zainuddin Berang Netizen Ini Persoal Gaya Tudungnya

  5. 5

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera