Thursday, June 30, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Ejen Ali Musim 3 Menampilkan Animasi Yang Lebih Gempak!

by Hakim Faz
June 23, 2022
[REVIEW] Ejen Ali Musim 3 Menampilkan Animasi Yang Lebih Gempak!
193
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, kami di Murai.my berkesempatan untuk menghadiri tayangan eksklusif dua episod pertama Ejen Ali musim ke-tiga terbitan PrimeWorks Studios dan Wau Animation bersama dengan kolaborasi daripada Disney Hot Star.

Misi Ejen Ali bersama rakan-rakannya.

Siri Ejen Ali mengisahkan tentang kisah seorang budak bernama Ali yang menjadi ejen rahsia secara tidak sengaja apabila menggunakan mesin prototaip Infinity Retinal Intelligent System (I.R.I.S) yang diciptakan oleh Meta Advance Tactical Agency (M.A.T.A). Mesin tersebut membolehkan penggunanya melakukan pelbagai aksi yang diprogramkan oleh komputer. Selepas insiden tersebut, Ali bersama pak ciknya, Bakar, mula menyertai misi oleh M.A.T.A.

Musim ke-tiga Ejen Ali merupakan sambungan daripada Ejen Ali: The Movie di mana Ejen Ali bersama rakan-rakannya akan bersaing bersama empat orang ejen M.A.T.A antarabangsa untuk membuktikan siapa yang lebih hebat dan layak menjadi ejen M.A.T.A yang terunggul.

IKLAN

Animasi yang gempak dan jalan cerita yang bagus

Selepas menonton tayangan tersebut, kami percaya bahawa siri Ejen Ali musim ke-tiga mempunyai animasi yang lebih bagus daripada musim-musim yang lepas menunjukkan kegigihan pihak kru dan produksi mengembangkan lagi potensi animasi tersebut sekaligus memberi perbezaan yang ketara dari segi kualiti berbanding animasi yang lain di Malaysia.

Kami juga percaya bahawa siri Ejen Ali mempunyai jalan cerita yang menarik kerana mengandungi pelbagai elemen seperti suspens, misteri, aksi, jenaka, dan pelbagai lagi membuatkan penonton tidak bosan untuk menontonnya. Ianya juga sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana memaparkan tema kekeluargaan dan paling sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan juga para remaja kerana konflik dan isu yang dihadapi oleh Ejen Ali di dalam siri tersebut mencerminkan pelbagai masalah yang sering dilalui oleh golongan tersebut.

Kami memberi pujian kepada pihak kru dan produksi kerana gigih menghasilkan animasi yang sangat berkualiti dan bermanfaat untuk khalayak ramai dan kami percaya animasi ini boleh dilonjakkan ke peringkat internasional. Bagi yang ingin menonton, jangan lupa untuk menyaksikan Ejen Ali musim ke-tiga yang akan ditayangkan secara eksklusif di Disney Hot Star pada 25 Jun ini!

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: disney hot starEjen Aliejen ali musim 3
Share77Tweet48SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Luar Biasa! Kutipan Filem Mat Kilau Atasi Filem Jurrasic World & Top Gun Maverick?
Filem

Luar Biasa! Kutipan Filem Mat Kilau Atasi Filem Jurrasic World & Top Gun Maverick?

by Naddy Joe
June 27, 2022

Pengarah filem dan pelakon, Syamsul Yusof menitipkan rasa syukur apabila filem arahannya, Mat Kilau telah berjaya atasi kutipan beberapa filem...

Read more
Jom Intai Senarai Rancangan Menarik di iQiyi Untuk Ditonton Pada Hari Bapa Ini
Filem

Jom Intai Senarai Rancangan Menarik di iQiyi Untuk Ditonton Pada Hari Bapa Ini

by Aphit J.
June 19, 2022

Menjelang Hari Bapa yang semakin hampir, rakyat Malaysia pastinya akan memikirkan hadiah yang sesuai dan iQiyi semestinya pilihan terbaik pada...

Read more
Harith Iskander Ulas Babak LGBT Dalam Filem ‘Lightyear’ Yang Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia
Antarabangsa

Harith Iskander Ulas Babak LGBT Dalam Filem ‘Lightyear’ Yang Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

by Hakim Faz
June 15, 2022

Baru-baru ini, filem 'Lightyear' yang dihasilkan oleh Disney menjadi topik perbualan netizen kerana tidak benar ditayangkan di 14 buah negara...

Read more
Siri Animasi Yang Dinantikan Ramai, “Ejen Ali” Musim 3,  Akan Ditayangkan Secara Eksklusif Di  Disney+ Hotstar
Filem

Siri Animasi Yang Dinantikan Ramai, “Ejen Ali” Musim 3, Akan Ditayangkan Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

by Aphit J.
June 12, 2022

Siri animasi kegemaran rakyat Malaysia kembali dengan musim ketiga yang akan disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 25 Jun...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  2. 2

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  3. 3

    ‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    Anak Azhar Sulaiman Sekali Lagi Dikritik Selepas Kongsi Video Seksi Di TikTok

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera