Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[VIDEO] Mawi Dedah Realiti Perniagaan Filem, Syed Saddiq Cadang Idea Tambah Baik Industri Seni

Mawi dedah cukai hiburan dan bayaran panggung tinggi, Syed Saddiq tampil beri idea tambah baik industri perfileman

by Puteri Alia
July 1, 2022
via Instagram Syed Saddiq/Mawi

via Instagram Syed Saddiq/Mawi

Share on Facebook

Baru-baru ini penyanyi, pengarah dan penerbit terkenal tanah air, Mawi membangkitkan isu kutipan filem Mat Kilau yang mencecah jutaan ringgit masih belum balik modal. Hal yang dikongsikan Mawi menerusi rakaman video ulasan yang dimuatnaik di media sosialnya.

Penerbit Filem Belum Balik Modal

Dalam rakaman video tersebut, Mawi mendedahkan bayaran cukai hiburan wajib yang dikenakan terhadap penerbit filem adalah sebanyak 25 peratus dari hasil kutipan filem.

Manakala bayaran sebanyak 50 peratus dibayar kepada pihak panggung wayang bagi minggu pertama tayangan, kemudian bagi minggu kedua dan seterusnya pihak panggung wayang menaikkan bayaran sebanyak lima peratus setiap minggu filem ditayangkan.

Menerusi penjelasan Mawi, realiti bagi penerbit filem tanah air indah khabar dari rupa dan tidak seperti yang orang ramai sangkakan. Apatah lagi banyak bayaran yang perlu ditolak, sebelum mendapat modal bersih hasil kutipan filem yang dihasilkan.

View this post on Instagram

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

Cadang Tambah Baik Industri Seni

Isu yang dibangkitkan Mawi ini mendapat perhatian warga penggiat seni tanah air dan juga rakyat Malaysia sendiri yang tidak mengetahui secara jelas tentang perniagaan dunia perfileman tempatan.

Hal ini kemudiannya tular dan mendapat perhatian ahli politik terkenal, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dimana Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mencadangkan tiga idea bagi menambahbaikkan industri hiburan negara.

“Pertama, kena potong cukai hiburan industri tempatan. Di Malaysia, cukai kita di antara yang tertinggi 25 peratus! Di Singapura dan Indonesia tak sampai 10 peratus pun.

Kedua kutipan cukai hiburan wajib disalurkan semula kepada tabung industri seni negara, kini ia disalurkan untuk cat pagar, tar jalan, tanam pokok. It must be used for a specific purpose.

Ketiga, institusikan kebajikan kru perfileman. Jangan setakat tengok star actors, jangan lupa ada kru yang kerja overtime tidak dibayar. Gaji lambat, insuran tak ada, yang buat lagu royalti tidak dibayar.

Tapi lebih penting kontrak tidak boleh berat sebelah, hak pencipta lagu dan filem perlu kekal ditangan pengkarya. Lihat saja nasib arwah P.Ramlee. Bagi pencita seni tanah air, let’s push for change through policies.” Cadangnya

via Instagram Syed Saddiq

Penggiat Seni Sokong Cadangan Syed Saddiq

Dengan cadangan yang dikongsikan Syed Saddiq, ramai penggiat seni tanah air menyokong idea yang diberi oleh ahli politik tersebut.

“Terbaiklah YB” – @erulsamah

“Yeah.. Tiba-tiba sayang lah kau bro.. @syedsaddiq” – @taufiqhanafi11

“Minta pawagam jangan ambil persen terlalu tinggi. 50% tinggi. Minggu berikutnya makin naik. Tidak patut. Kesian penerbit. Panggung kaya raya tak pernah rugi.. @syedsaddiq” – @hj.zil

“Good” – @davidteo99

“Agree 100%” – @elvinamohamad

via Instagram Syed Saddiq

“Ya akhirnya untuk hiburan”

“Cadangan yang sangat terbaik!! Yang Berhormat @syedsaddiq”

“Overtime tu setuju amat…”

“Ya saya setuju!!”

“Setuju!” Komen mereka

via Instagram Syed Saddiq

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Untuk rekod, kutipan filem Mat Kilau arahan pengarah Syamsul Yusof mencecah RM23.3 juta setelah tujuh hari ditayangkan di panggung wayang.

Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-"Hanya Kerja, Bukan Cinta"
filemIndustri HiburanMat Kilaumawisyed saddiq
https://lomp.at/as3uf
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG) / @fattahaminz (IG) / @musangberjanggutt (Threads)
Lokal

Fattah Amin Didakwa Fail Kes Hina Mahkamah Terhadap Nur Fazura?- “Selamatkan Ibu Fatima Dari Penjara”

by Nurul A.
April 3, 2026

Nampaknya isu perceraian bekas pasangan, Fattah Amin dan Nur Fazura kembali mencuri tumpuan ramai. Kali ini muncul pula spekulasi baru...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Isteri Harris Annuar, Asha Merican Hamil Cahaya Mata Kedua-“Jangan Dia Minta Bau Simen Lagi…”

by Naddy Joe
April 13, 2026

Pelakon, Harris Annuar berkongsi khabar gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Asha Merican disahkan hamil cahaya mata kedua, baru-baru ini....

Read moreDetails
Spotlight

Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

by Phic ARMAN
May 4, 2026

Percutian di Bali, Indonesia kali ini menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar mesra dikongsikan oleh kekasih kepada Noor Nabila iaitu...

Read moreDetails
Lokal

Meerqeen Tayang Six Pack Di Gim, Curi Perhatian Netizen!-“Bukan Senang..”

by Naddy Joe
April 13, 2026

Perkongsian aktor, Meerqeen mencuri perhatian netizen selepas menayangkan bentuk tubuh badannya yang berotot di media sosial, baru-baru ini. Perlukan Kesabaran...

Read moreDetails
Lokal

Sweet Qismina Sertai Audition PGLM, Curi Perhatian Rakan Selebriti & Netizen!

by Naddy Joe
May 5, 2026

Pelakon, Sweet Qismina mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya menghadiri ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang dijadualkan berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara