• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Fattah Amin Titip Rasa Syukur Sultan Selangor Berkenan Tonton Filem Mat Kilau

Sementara itu, baginda menerusi kenyataan di Facebook turut menyentuh mengenai perpecahan di kalangan orang melayu terutama pemimpin politik Melayu.

by Naddy Joe
July 5, 2022
via Instagram Fattah Amin

via Instagram Fattah Amin

Share on Facebook

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini telah mencetuskan fenomena selepas berjaya mencatat kutipan sebanyak RM47 juta hanya dalam masa 11 hari ditayangkan di pawagam. Filem arahan Syamsul Yusof itu bukan sahaja menarik perhatian ramai malah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan mencemar duli hadir untuk menonton filem biografi epik itu di Aurum Theatre, The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Titip Rasa Syukur Sultan Selangor Berkenan  Tonton Filem Mat Kilau

Apa yang mencuri perhatian adalah salah seorang pelakon filem Mat Kilau yang memegang watak sebagai Awang iaitu Fattah Amin dan isterinya, Fazura turut mengiringi DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang berangkat mencemar duli menonton filem berkenaan.

“Alhamdulillah, Patik dan isteri merafak sembah dan menjunjung kasih DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin kerana berkenan berangkat mencemar duli untuk menonton filem Mat Kilau.”-Tulis Fattah

View this post on Instagram

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

“Beta Memandang Serius Terhadap Gejala Perpecahan Di Kalangan Orang Melayu…”

via Instagram Fattah Amin

Sementara itu, Baginda Tuanku Sultan menerusi kenyataan di Facebook turut menyentuh mengenai perpecahan di kalangan orang melayu terutama pemimpin politik Melayu.

“Beta memandang serius terhadap gejala perpecahan di kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu. Beta melihat perbalahan orang Melayu yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di Negara kita.

“Beta tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara. Walaubagaimanapun, Beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan peimpin politik Melayu dapat segera dihentikan. Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di Negara ini.”-Titah Baginda.

Sekadar info, filem Mat Kilau yang menelan kos RM8 juta itu dibarisi ramai pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaludin Hassan, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, A.Galak, Namron, Ellie Suriaty, Khir Rahman serta pelakon dari seberang yang telah mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.

Fattah Amin Kongsi Foto 'Keseorangan' Di Korea, Cetus Usikan Peminat!
fattah amin
https://lomp.at/imz0k
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore