Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Elyana Titip Ucapan Istimewa Buat Netizen Sempena Hari Lahir Ke-35

Penyanyi bersyukur ramai yang mendoakan kesihatannya dan menitipkan ucapan terima kasih di media sosial

by Puteri Alia
July 5, 2022
via Instagram Elyana Emrizal

via Instagram Elyana Emrizal

109
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum sedia maklum sejak penyanyi lagu Kalis Rindu ini berkongsi berita gembira pada akhir tahun lepas, dimana dia telah pulih sepenuhnya dari penyakit kanser limfoma yang dihidapi. Elyana dilihat semakin ceria dan banyak berkongsi perkembangan diri yang terkini di media sosialnya.

Beri Ucapan Istimewa

Menjengah ke Instagram Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, penyanyi jelita ini menitipkan ucapan istimewa di hari kelahirannya kepada orang ramai yang tidak berhenti mendoakan kesihatannya semenjak dia menderitai penyakit kanser tersebut.

“Assalamualaikum. Masuk 35 tahun ini! Alhamdulillah diberi peluang hidup sekali lagi.

Kalau tahun lepas saya minta anda semua mendoakan kesihatan saya, tahun ni saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas segala doa yang diberikan dan terima kasih kepada yang sentiasa menyokong saya.” Tulisnya

via Instagram Elyana Emrizal

Netizen Banjiri Ruang Komen

Perkongsian yang dimuat naik Elyana hari ini itu mendapat perhatian ramai warganet. Ramai antara mereka yang menulis ucapan hari lahir buat Elyana dan mendoakan kebaikan buat penyanyi tersebut. Tidak ketinggalan pelakon berbakat, Datin Anne Ngasri.

“Selamat hari lahir Elyana, semoga sentiasa sihat dan ceria selalu” Komen salah seorang warganet

“Sentiasa dengan anda. Semoga terus berkarya dan berikan terbaik. Semoga dipermudahkan segala urusan. Selamat ulang tahun Elyana.” Komen warganet lagi

via Instagram Elyana Emrizal

“Selamat hari lahir @elyanaofficial1 Semoga Allah SWT merahmati.”

“Selamat hari lahir kak El. Semoga dilindungi oleh Allah selalu, diberikan kesihatan yang baik, dikelilingi orang yang baik, bahagia didunia dan diakhirat.. Amin.. Kekal kuat dan terus positif.”

“Selamat hari lahir My Girl Crush!! Semoga sentiasa dalam lindungan Allah selalu.” Komen mereka

Terdahulu Murai MY melaporkan Elyana telah pulih sepenuhnya daripada penyakit kanser limfoma yang dialaminya sejak 11 tahun lalu. Kini, Elyana menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta.

Apa pun, selamat hari lahir Elyana!

elyana
https://lomp.at/ykdya
Share44Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem