Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Yang Tahu Je Tahu Chef’ – Pengorbanan Chef Wan Jaga Ibu Sakit Dipuji Netizen

Muatnaik yang dikongsikan Chef Wan mendapat perhatian netizen di media sosialnya

by Puteri Alia
July 5, 2022
via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

116
KONGSIAN
Share on Facebook

Personaliti masakan tersohor tanah air, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan di baru-baru ini memuatnaik sedikit perkongsian berkaitan ibu beliau di Instagram yang mencuri perhatian ramai.

Bukan Mudah Jaga Orang Tua

Melihat muatnaik yang dikongsikan Chef Wan di Instagram beliau semalam, personaliti masakan terkenal ini memilih bilik wad yang besar dan selesa untuk ibunya yang bakal menjalani pembedahan pada keesokan hari (hari ini).

Menerusi coretan yang ditulis Chef Wan, beliau mendedahkan bahawa bukan mudah sebenarnya menjaga orang tua yang sedang sakit, kerana memerlukan kesabaran apatah lagi dengan situasi keadaan kesihatan ibunya pada ketika ini.

“Dapatkan mak bilik eksekutif persendirian. Bilik sangat luas untuk letak tilam sebelah kerusi dimana kakak saya duduk supaya saya boleh jaga mak pada waktu malam.

“Sekarang saya menunggu doktor bedah untuk datang. Dah tertidur. Malam tadi mak saya bangun banyak kali untuk ke bilik air dan tak tidur.

“Tak cukup tidur, saya rasa letih juga. Menjaga orang tua bukannya selalu mudah. Anda memerlukan kesabaran yang banyak terutama sekali dengan keadaan kesihatan sekarang ini.” Coretnya

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Hantaran yang dimuatnaik Chef Wan mendapat banyak komen dari warganet, rata-rata ramai yang memuji pengorbanan yang dilakukan personaliti masakan ini untuk ibunya dan ada juga yang menitipkan doa untuk ibu Chef Wan.

“Semoga Allah permudahkan urusan pembedahan bonda Chef Wan dan diberi kesembuhan segera.”

“Jaga lah dia baik-baik hingga pengakhir hayat nya tanpa jemu dan penuh kasih sayang kerana dia jaga awak adik-beradik dari lahir sampai dewasa tanpa jemu.”

“Faham. Sesungguhnya ganjaran pahala untuk kita. Insha Allah.”

“Anda anak yang baik Chef Wan. Semoga cepat sembuh Cik Ani.” Komen mereka

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

“Yang tahu je tahu Chef.. Orang yang tak hadap boleh cakap macam-macam.”

“Kekal kuat Datuk. Semoga Cik Ani diberikan kesembuhan.”

“Saya hormat bagaimana anda melayan wanita dalam hidup anda. Sentiasa memberi usaha dan penjagaan yang terbaik.”

“InsyaAllah ganjarannya di akhirat nanti Datuk.” Komen mereka lagi

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

Untuk rekod, ibu Chef Wan iaitu Noraini Abdullah kini berada di hospital bagi menjalani pembedahan untuk membuang tumor kanser payudara yang dihidapinya.

[VIDEO] Gelagat Chef Wan Membebel Sebelum Beri Duit Raya, Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY mendoakan agar segala urusan ibu Chef Wan dipermudahkan dan cepat sembuh.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
chef wanDatuk Redzuawan Ismail
https://lomp.at/ipk5i
Share46Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem