Pelakon berbakat Zarina Zainuddin baru-baru ini menerima banyak kecaman dan kritikan di media sosial, gara-gara rakaman video yang memaparkan aksi anak istimewa pelakon tersebut secara tiba-tiba mengamuk di dapur sehingga menarik tudungnya semasa siaran langsung berlaku.
Tambah menyulitkan keadaan, ada pula yang merakam kejadian sewaktu siaran langsung tersebut dan sekaligus orang ramai menganggap Zarina yang memuatnaik insiden berkenaan justeru menyebabkan pelakon ini menerima banyak kecaman dan kritikan orang ramai di media sosial.
“Bukan Saya Yang Post”
Menjengah ke Instagram Zarina, pelakon ini menjelaskan video yang tular di media sosial tersebut bukan perkongsian dari dia.
Sebaliknya terdapat individu yang mengikuti siaran langsung pelakon tersebut pada waktu itu, dan merakam apa yang berlaku kemudian menyebarkan video tersebut di media sosial.
“Saya dah lama tak post video anak saya mengamuk, yang saya post anak saya tengah makan dan anak saya tengah dalam keadaan terkawal..
Video yang tular di sosial media tu, video saya buat live tengah memasak dan orang rakam video tengah live tu. Bukan saya yang post, edit video tu..” Jelasnya
Tak Maafkan Pemfitnah
Dalam entri penulisannya, Zarina juga mengatakan dia tidak akan memaafkan pemfitnah apatah lagi apa yang berlaku membabitkan diri dan juga anak istimewanya.
“Macam-macam saya kena tohmah dengan masyarakat, yang tak tahu apa-apa, main tuduh-tuduh jer.. Saya tak akan maafkan orang yang fitnah saya..!! Lagi 2 melibatkan anak saya..” Tulisnya
Tahu Apa Yang Patut Dikongsikan
Zarina juga mengatakan dengan tegas bahawa dia tahu apa yang patut, dan apa yang tidak perlu dikongsikan di media sosial dan sekaligus menjadi tatapan umum.
“Ingat saya ni tak ada otak ke.. Saya share mana yang saya patut share. Kesusahan, kepayahan segalanya saya tanggung sendiri.. Terima kasih atas komen-komen anda.” Coretnya
Rakan Artis Dan Peminat Titip Kata-Kata Semangat
Perkongsian Zarina di Instagram mendapat perhatian rakan artis dan juga para peminatnya, rata-ratanya mereka menitipkan kata-kata semangat kepada pelakon ini diruangan komen muatnaik tersebut.
“Sabarlah kak Ina.. Kita tak dapat puaskan hati semua orang.” – @ifa_raziah
“Sabar kak Ina. Manusia yang berkata buruk tu dah berhutang besar dengan kakak. Hutang yang takkan terlunas kecuali datang minta maaf dengan kak Ina.” – @catrionabrianross
“Toksah layan ja kak..” – @nouruldepp
“Apa motif lah dia orang buat cerita-cerita macam tu. Awak ibu yang kuat kak, ibu yang istimewa buat anak-anak istimewa.”
“Semangat bunda @zarinazainuddin_ bunda adalah ibu yang hebat.”
“Kekal kuat kak Ina.. Pedulikan orang cakap.. Ramai lagi yang menyokong.” Komen mereka
“Allah Maha Tahu kak @zarinazainuddin_. Manusia boleh bercakap apa saja dan buat hati kita sakit. Yang utama kita tetap benar dan sesuai jalan Allah.”
“Pedulikan itu semua..!!! Dia orang pandai komplen dan komen merepek-repek je..!!! Jangan patah semangat..!!!”
“Semangat sayang, apapun yang kamu kongsi buat saya lumrah saja. Semoga Allah SWT selalu memberi perlindungan dan kebaikan buat @zarinazainuddin_ dan anak-anak.” Komen mereka lagi
Semoga Zarina tetap kuat dan tabah, kepada yang gemar memberi komen serta pandangan negatif hentikanlah perbuatan tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.