Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Pengalaman Guna Galaxy Tab S8 Ultra Sebagai Komputer Riba. Sama Tapi Tak Serupa?

by Zaidin Albert
July 12, 2022
Share on Facebook

Sebelum ini kami ada menerbitkan artikel review tentang Samsung Galaxy Tab S8 Ultra diletakkan sebagai model teratas siri Galaxy Tab S8 kerana dilengkapi spesifikasi terbaik dan dijual pada harga premium iaitu bernilai RM5,899. MURAI diberi cabaran untuk menggunakan tablet ini dengan aktiviti harian seperti bekerja dan yang menjaadi persoalannya, adakah ia setanding komputer riba?

Saya telah menggunakan tablet untuk bekerja selama lebih dua minggu. Terdapat beberapa perkara yang menyeronokkan dalam memakainya untuk bekerja, sampai anda lupa bahawa ia ada sebuah tablet bukannya komputer riba.

Split screen

Salah satu ciri yang sangat kami harapkan semasa menggunakan Galaxy Tab S8 Ultra untuk aktiviti harian ialah ciri multi-active window atau split screen. Pada Samsung Tab S8 Ultra, ciri split screen membolehkan pengguna membuka tiga aplikasi serentak pada satu skrin.

Nisbah split screen setiap tetingkap boleh dilaraskan mengikut kehendak pengguna. Semua aplikasi yang telah dimuat turun pada tablet boleh dibuka dalam ciri split screen. Bermula daripada Galaxy Notes, YouTube, Chrome, Twitter, Zoom, aplikasi kamera, hingga kalkulator.

Cara menggunakan ciri split screen pada Galaxy Tab S8 Ultra juga sangat mudah. Pertama sekali, kita hanya perlu membuka salah satu tetingkap aplikasi, Galaxy Notes sebagai contoh. Selanjutnya, kami hanya perlu menarik (drag) dan melepas (drop) aplikasi Chrome dan Zoom di skrin secara bergantian.

Walaupun membuka tiga tetingkap serentak, kami masih boleh melihat kandungan dengan selesa dan tajam. Ini kerana Galaxy Tab S8 Ultra dilengkapi dengan skrin yang sangat luas iaitu 14.6 inci.

Prestasi Lebih Kurang Sama Dengan Komputer Riba

Galaxy Tab S8 Ultra dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 yang terkini chipset dengan sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Itu lebih daripada apa yang anda akan dapat pada kebanyakan komputer riba dalam julat harga ini. Platform DeX Samsung dapat memanfaatkan sepenuhnya semua kuasa ini. Walau bagaimanapun, DeX masih jauh daripada pengganti Windows, namun bagi saya, ia masih boleh diterima untuk dijadikan sebagai komputer riba anda.

Dalam pada itu, saya cuba menggunakan Google Chrome ketika ia diubah menjadi versi desktop,  supaya paparannya seperti menggunakan komputer riba. Hasilnya, ia mampu menjadi komputer riba yang baik dan saya sebenarnya sangat gembira dengan pengalaman itu.

Dari aspek lain,  Samsung DeX sebenarnya berfungsi seperti Windows. Pintasan papan kekunci juga berfungsi sama seperti Windows – termasuk CTRL+C dan CTRL+V biasa untuk menyalin dan menampal, Command+D untuk menunjukkan desktop, ALT+TAB untuk beralih kepada aplikasi yang aktif sebelum ini. Anda boleh melihat semua pintasan papan kekunci yang tersedia dengan menekan kekunci CMD+/.

Pengalaman Panggilan Video Ketika Mesyuarat

Antara pengalaman lainnya dengan Galaxy Tab S8 Ultra terletak pada ciri kamera. Kedua-dua kamera swafoto di bahagian hadapan tablet masing-masing tersemat 12 megapiksel (MP) ultra lebar dan 12 MP lebar. Dengan resolusi ini, kamera hadapan boleh menghasilkan foto yang lebih tajam dan terang. Memenuhi keperluan untuk kerja yang memerlukan mesyuarat dalam talian, pengguna boleh bergantung pada kamera hadapan.

Sebabnya, selain menghasilkan video yang lebih bersih, ciri Auto Framing menjadikan wajah pengguna fokus secara automatik. Jadi, walaupun pengguna bergerak semasa panggilan video, kamera akan memfokus pada wajah pengguna.

Ciri Auto Framing menjadikan wajah pengguna fokus secara automatik

Selain itu, panggilan video juga bebas daripada bunyi sekeliling yang menjengkelkan berkat ciri Pengurangan Noice Mic pada Galaxy Tab S8 Ultra. Ciri ini mampu mengurangkan bunyi yang menjengkelkan sehingga 50 peratus apabila panggilan video dibuat. Bunyi yang keluar dari pembesar suara menjadi lebih jelas.

Walaupun begitu, Galaxy Tab S8 Ultra bukanlah tablet yang sempurna untuk dijadikan sama seperti komputer riba. Saiznya besar mungkin tidak disukai orang, melainkan tablet ini hanya diletakkan pada tempat yang tetap.

Akhir sekali dan paling penting, tidak lengkap jika anda membeli tablet ini tanpa penutup papan kekunci asal daripada Samsung. Kerana, apa yang menjadikan Galaxy Tab S8 Ultra berkuasa, terutamanya untuk produktiviti, adalah papan kekunci.

Manakala harga buku kulit papan kekunci untuk Galaxy Tab S8 Ultra yang dijual berasingan juga tidak murah. Jadi lebih baik anda mendapatkannya dalam satu set complete. Apa-apa pun, pengalaman kami bersama Galaxy Tab S8 Ultra untuk dijadikan sebagai komuter riba tetap menarik dan ia kekal sebagai salah satu tablet Android terbaik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Samsung Galaxy S8 Ultra
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Upgrade Yang berbaloi! Ini 3 Perkara Yang MURAI Suka Tentang Galaxy Buds4 Pro

by Phic ARMAN
June 15, 2026

Samsung Galaxy Buds4 Pro bukan jenis fon telinga yang hanya nampak cantik dalam gambar. Bila sudah pakai sendiri, ada beberapa...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Kolaborasi Samsung, DC Studios & Warner Bros. Pictures, Peminat Teruja Dengan Pengalaman ‘Supergirl’ Di Rumah

by Nurul A.
July 3, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan kerjasama global dengan Warner Bros. Pictures dan DC Studios, menandakan tayangan pawagam pengembaraan adiwira baharu...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Demi Hadapi Cuaca Panas Melampau, Samsung Lancarkan AI WindFree Pro Terbaru!

by Nurul A.
June 11, 2026

Samsung melancarkan penyejukan WindFree pada tahun 2016. Sejak daripada itu, ia telah mengembangkan WindFree ke lebih banyak rantau dan melangkaui...

Read moreDetails
Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Foto - Sealy
Teknologi

Sealy Raikan 145 Tahun dengan Tilam Edisi Terhad

by Nurul A.
June 24, 2026

Seiring dengan kepentingan tidur berkualiti dalam gaya hidup moden, Sealy Malaysia meraikan pencapaian ini menerusi “145 Years of Better Sleep”,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara