Wednesday, August 17, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Afdlin Shauki Dikecam Samakan Agama Dengan Kolam Renang, Apa Kes?

Pandangan Afdlin pertahankan kelab komedi di media sosial mendapat kecaman dan respon negatif netizen

by Mas Ayu
July 12, 2022
via Instagram Afdlin Shauki

via Instagram Afdlin Shauki

174
KONGSIAN
Share on Facebook

Masih panas tentang isu seorang wanita membuat pertunjukan lawak yang didakwa menghina agama Islam disebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat dikalangan masyarakat.

Gara-gara isu kontroversi itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan dengan menggantung operasi kelab malam buat sementara waktu.

Bangkang Crackhouse Ditutup

Hal ini juga mendapat perhatian pelawak dan pengarah terkenal tanah air, Datuk Afdlin Shauki sendiri di mana beliau menyatakan tidak setuju kelab komedi tersebut ditutup kerana perbuatan wanita tersebut.

IKLAN

“Saya membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara Crackhouse Comedy Club oleh kerana perbuatan seorang open miker yang bersalin pakaian atas pentas tempoh hari.” Tulisnya

Tempat Pelawak Baru Pelajari Seni Komedi

Afdlin juga mengatakan bahawa kelab komedi tersebut merupakan tempat untuk para pelawak yang baru, menpelajari seni komedi dihadapan orang ramai.

“Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak stand up baru mempelajari seni stand up ini. Open mike di buka kepada amatur yang ingin mencuba content mereka di khalayak ramai.

Untuk check content kita baik je tak, bagi stand up komedi, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai baru kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai.” Coretnya

Atlet Dan Kolam Renang?

Untuk menguatkan pandangannya, Afdlin menggunakan contoh situasi yang berlaku dengan pada atlet renang yang mengambil steriod dan kolam renang sebagai perbandingan terhadap isu kontroversi wanita melakukan pertunjukan lawak didakwa menghina agama Islam.

“Sama macam atlet yang kena praktis sampai bagus. Takkan kita tutup swimming pool pasal seorang peserta renang ambil steriod? Itu salah perenang bukan salah swimming pool!” Tulisnya tegas

via Instagram Afdlin Shauki

Netizen Kecam Pandangan Afdlin

Melihat muatnaik yang dikongsikan Afdlin mengenai isu panas tersebut, rata-rata ramai warganet yang mengecam buah fikiran pelawak tanah air tersebut dan menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan tidak berasas.

“Maaf tuan. Tapi saya betul-betul kecewa dengan komen tuan. Jangan samakan kenyataan swimming pool dengan Islam. Jauh beza tu..”

“Ni menghina agama. Bukan peserta renang ambil steriod b*doh”

“Mazhab mana ni” Komen mereka

via Instagram Afdlin Shauki

“Penutupan sementara dengan tutup terus lain brader. Ibarat kalau ada orang berak kencing kat dalam swimming pool, takkan kau taknak tutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan?”

“Steriod?? Swimming pool?? Please compare apple to apple bro. Let pbt do their work first”

“Bagi aku, pandangan macam kau ni tak perlu pun dilontarkan pada umum. Kau seolah-olah simbah petrol pada api yang sedang terbakar. Orang ramai yang sedang marah melihat agama Islam dimain-mainkan.

Tapi kau keluarkan statement macam ni. Even kau tak membela si perempuan tu, tapi kau membela platform di mana agama kau di hina.. Mereka tutup sementara bukan sebab suka-suka..” Komen warganet

Untuk rekod, wanita didakwa menghina agama terbabit telah ditahan reman sejak 10 Julai kelmarin sehingga 12 Julai hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: afdlin shauki
Share70Tweet44SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

“Bangganya Kau!!”- Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah?
Gossip

“Bangganya Kau!!”- Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah?

by Naddy Joe
August 16, 2022
“Bodo Is Free…”- Caprice Ulas Isu Video Kak Long 7E Yang Diperlakukan Seperti “Lembu’ Oleh Aliff Syukri & Baby Shima
Gossip

“Bodo Is Free…”- Caprice Ulas Isu Video Kak Long 7E Yang Diperlakukan Seperti “Lembu’ Oleh Aliff Syukri & Baby Shima

by Naddy Joe
August 16, 2022
Netizen Dakwa Sudah Berpisah Dengan Diana Nasimuddin, Ini Respon Mas Khan!
Gossip

Netizen Dakwa Sudah Berpisah Dengan Diana Nasimuddin, Ini Respon Mas Khan!

by Naddy Joe
August 16, 2022
[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Pesanan Buat Orang Ramai Isu Penggunaan Wajahnya & Suami Untuk Iklan Penipuan
Gossip

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Pesanan Buat Orang Ramai Isu Penggunaan Wajahnya & Suami Untuk Iklan Penipuan

by Naddy Joe
August 16, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  2. 2

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  3. 3

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  4. 4

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  5. 5

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera