Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

[VIDEO] 20 Ribu Unit Sudah Ditempah? Jom Lihat Apa Ciri Termaju Yang Terdapat Pada HONDA HR-V Baharu

by Phic ARMAN
July 14, 2022
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini telah melancarkan  Honda HR-V serba baharu. HR-V baharu itu telahpun mendapat sambutan luar biasa di pasaran dengan mendapat lebih 20,000 unit tempahan sejak tempahan dibuka bulan lepas. Ini bermakna pelanggan perlu menunggu selama 12 bulan untuk unit mereka dihantar.

Sementara itu, Honda Malaysia menjangka untuk menjual 1,600 unit HR-V sebulan.

“Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa HR-V serba baharu telah menerima lebih 20,000 tempahan,” kata pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia Hironobu Yoshimura pada pelancaran hari ini.

“Dengan permintaan tinggi model baharu ini, kami ingin mengemas kini bahawa tempoh menunggu adalah 12 bulan, bergantung kepada ketersediaan varian terpilih”

“Bagaimanapun, yakinlah bahawa Honda Malaysia melakukan yang terbaik untuk menghantarkan kereta baharu kepada pelanggan kami yang dihormati tepat pada masanya,” tambah Yoshimura.

Ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia Hironobu Yoshimura

Beliau berkata pelanjutan pengecualian cukai jualan oleh kerajaan juga telah meningkatkan jualan kereta Honda. HR-V mencipta segmen SUV kompak serba baharu apabila ia membuat debutnya di Malaysia pada 2015.

Secara kumulatif, kira-kira 111,000 unit HR-V telah dijual sejak ia diperkenalkan di sini. HR-V baharu, yang dibangunkan dengan konsep “Amp Up Your Life”, telah diubah dengan menampilkan gaya yang luar biasa, rangkaian kuasa termaju dan ciri-ciri inovatif namun kekal praktikal sebagai teman harian.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Bahagian luar HR-V baharu telah menerima transformasi penuh untuk tampil bergaya dan premium berbanding pendahulunya.

Penampilan hadapan didominasi dengan reka bentuk gril hadapan baharu yang sporty manakala bahagian belakang dinaikkan lagi dengan reka bentuk berani yang terdiri daripada jalur lampu belakang LED. HR-V baharu ditawarkan dalam empat varian daripada tiga rangkaian kuasa untuk dipilih oleh pelanggan berdasarkan gaya hidup dan pilihan mereka.

Selain itu, ciri termaju yang pertama kali diperkenalkan dalam segmennya dan juga oleh Honda yang terdapat pada varian HR-V RS ialah ciri bebas kendalian tangan bagi pintu ruang belakang (Hands-Free Power Tailgate) dengan fungsi Walkaway Close, yang mana pintu ruang barangannya akan ditutup secara automatik jika pemandu bergerak menjauhi kenderaan selepas “Walkaway Close Switch” diaktifkan.

Penghidup Enjin Kawalan Jauh¹ (Remote Engine Start) dan ciri Kunci Automatik Bila Beredar (Walk Away Auto Lock) juga merupakan ciri baharu yang diperkenalkan untuk HR-V Serba Baharu. Pemandu model baharu ini juga akan mendapati bahawa ciri Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control) juga sangat membantu dalam mengawal pendikit dan brek secara automatik bagi mengekalkan kelajuan rendah, membolehkan pemandu fokus kepada kendalian stereng ketika menuruni cerun curam.

HR-V Serba Baharu ini juga dilengkapi dengan set penuh teknologi keselamatan termaju Honda LaneWatch² dan Honda SENSING. Sebagai nilai tambah terhadap keselamatan pelanggan Honda, Honda SENSING kini merupakan ciri standard untuk semua varian HR-V Serba Baharu.

Penjana kuasa adalah hibrid 1.5 liter e:HEV, enjin 1.5 liter VTEC pengecas turbo dan enjin 1.5L DOHC i-VTEC. Terdapat lima warna yang disediakan iaitu Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Ruse Black Metallic, Ignite Red Metallic, dan Meteoroid Grey Metallic.

Honda CONNECT

Ciri inovatif termaju yang terdapat pada HR-V Serba Baharu ialah Honda CONNECT, sebuah teknologi terkini yang memanfaatkan Teknologi Telematik Pintar untuk menjamin Keselamatan, Sekuriti dan Kemudahan.

Harga bermula daripada RM114,800 untuk 1.5L S dan RM129,800 untuk varian 1.5T E kepada RM134,800 untuk varian 1.5TV dan RM140,800 untuk varian 1.5L e:HEV RS.

Untuk maklumat lanjut berkaitan HR-V Serba Baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan sah Honda di seluruh negara atau hubungi talian tol percuma Honda di 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Panggilan Balik Honda 2025: Model Accord, Civic, City & Jazz Pun Kena! Semak Sekarang
HondaHonda Hr-V
https://lomp.at/uhyxo
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem