Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Drama ‘Melur Untuk Firdaus’ Tamat, Anna Jobling Tinggalkan Pesanan Yang Menyentuh Hati

Anna dedah lima bulan penggambaran sangat mengujakan dan menganggap semua yang terlibat sebagai keluarga

by Puteri Alia
July 15, 2022
via Instagram Anna Jobling

via Instagram Anna Jobling

4.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Heroin drama Melur Untuk Firdaus (MUF), Anna Jobling mengucapkan selamat tinggal kepada krew produksi dan juga barisan pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama popular tersebut menerusi muatnaiknya di Instagram semalam.

5 Bulan Yang Bermakna

Melihat entri yang ditulis Anna di media sosialnya, aktres jelita mendedahkan lima bulan diset penggambaran merupakan hari-hari yang dinantikan bagi dirinya kerana telah menganggap semua yang terlibat dalam drama Melur Untuk Firdaus sebagai keluarga.

“Esok hari terakhir kita, jadi saya ingin mengatakan beberapa patah perkataan.

Kepada semua orang yang saya habiskan masa lima bulan menghasilkan MUF, saya cuma ingin mengatakan terima kasih dari lubuk hati saya. Datang ke set setiap hari merupakan sesuatu yang saya nantikan kerana anda semua seperti keluarga.

Semua gurau senda, nyanyian dan rahsia kita sentiasa buatkan senyuman terukir di wajah saya bila saya kepenatan. Walaupun kita hadapi masalah, kerja keras kita lebih kuat. Saya sangat sayangkan anda semua.” Coretnya

Hargai Peminat Yang Menonton MUF

Anna juga mengucapkan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang telah menonton dan jatuh cinta pada karakter dalam drama popular ini. Anna juga menghargai usaha orang ramai yang banyak memberi sokongan dari pelbagai bentuk.

“Kepada semua yang menonton MUF dan jatuh cinta dengan karakter kami, walaupun kebenyakkannya membuatkan anda semua berasa marah hehe.

Terima kasih banyak kerana menyokong kami menerusi suntingan, ciapan, DM, gambar.

Anda semua sangat HEBAT dan ini tidak akan menjadi besar seperti mana yang saya sangka kalau tidak kerana anda semua. Sayang anda semua.” Tulisnya

via Instagram Anna Jobling

Titip Pesanan Istimewa Untuk Meerqeen?

Sebelum mengakhiri coretan, Anna juga menitipkan ucapan istimewa untuk hero gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen dengan penulisan yang ringkas.

“Ini mungkin pengakhirannya tapi MUF sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Terima kasih sekali lag!

Terutama sekali kepada @meerqeen, kamu tahu apa yang saya rasa mengenai kamu.

Dengan rasa cinta, Adriana Zulaikah aka Melur. #meluruntukfirdaus” Tulisnya lagi

Meerqeen Terharu

Murai MY menjengah ke ruangan komen muatnaik perkongsian aktres jelita ini, dan melihat hero drama popular ini memberi komen ringkas kepada Anna.

“Kenapa kamu perlu buatkan ini sangat sedih?” komen Meerqeen

via Instagram Anna Jobling

Untuk rekod, drama Melur Untuk Firdaus merupakan terbitan A-Alliance Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal Zamri Zakaria. Drama bersiaran 28 episod ini bakal menutupkan tirainya pada hari ini di slot lestary di TV3, jam 9 malam nanti.

[VIDEO] Gelagat Meerqeen Menyanyi, Raih Perhatian Ramai!-"Sedap Betul Suaranya Tu"

Adakah bahagia milik Melur dan Firdaus? Nantikan episod akhir malam ini!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Anna JoblingMeerqeenMelur Untuk Firdaus
https://lomp.at/6g72q
Share1634Tweet1021SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem