Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Syed Saddiq Ulas Festival Bon Odori, Ramai Yang Hadir Hanya Hargai Perbezaan Budaya

Syed Saddiq dedah orang ramai hanya meluangkan masa bersama keluarga dan rakan sambil meraikan budaya Jepun

by Puteri Alia
July 18, 2022
via Instagram Syed Saddiq

via Instagram Syed Saddiq

16
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada awal bulan Jun lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan menasihati umat Islam di negara ini tidak menyertai Festival Bon Odori kerana perayaan tersebut mempunyai unsur agama lain.

Namun lain pula pandangan yang diberikan oleh ahli politik muda ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi ulasan di Instagram nya mengenai festival tersebut setelah menghadiri dan melihat sendiri suasana berkenaan.

Hanya Meluangkan Masa Dan Hargai Perbezaan Budaya

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ini mendedahkan orang ramai yang mengunjungi festival berkenaan hanya sekadar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan sambil meraikan budaya negara matahari terbit itu.

“Dah 2 tahun tak ada Festival Bon Odori disebabkan Covid, semalam saya pergi untuk lihat sendiri bagaimana Bon Odori tahun ini. Memang luar biasa, lebih 50,000 yang hadir ke Bon Odori.

Apa yang dikatakan oleh Menteri PAS tempoh hari, saya hanya dapat melihat sebaliknya. Rata-rata yang datang hanya nak menghargai perbezaan budaya. Ramai yang duduk di sekeliling pentas untuk lihat persembahan festival.” Tulisnya

Syed Saddiq juga bertegur sapa dengan pengunjung yang menghadiri ke festival tersebut dan sempat bertanya soalan kenapa mereka datang ke Festival Bon Odori.

Ahli Parlimen Muar ini mendedahkan bahawa mereka hanya mahu meraikan budaya Jepun bersama keluarga dan rakan. Selebihnya memberi jawapan ingin mencuba makanan yang ada dari negara matahari terbit tersebut.

“Sempat juga saya bertegur sapa kepada yang hadir. Sambil tu saya bertanya kenapa hadir ke Bon Odori? Rata-rata menjawab, hanya nak meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan sambil meraikan budaya Jepun.

Tapi jawapan yang paling banyak saya dapat, sebab nak cuba makanan Jepun yang ada di sana. Ini adalah keindahan orang kita, kita meraikan perbezaan budaya. Selalunya makanan yang sentiasa mengeratkan kita semua.” Coretnya

via Instagram Syed Saddiq

Ada Yang Sokong Dan Mengecam Syed Saddiq?

Melihat ulasan yang dikongsikan Syed Saddiq tentang festival yang baru saja diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai 2022 kelmarin, rata-rata ramai warganet memberi reaksi dan respon yang bercampur-baur.

“Ya kesatuan antara rakyat. Di mana kerajaan sedang usaha memecah belahkan.”

“Pertukaran budaya. Saya fikir ini salah satu kepelbagaian dan keterangkuman.” Komen mereka

via Instagram Syed Saddiq

“Dah terang lagi nyata festival ni memuja dewa Jepun. Yang beriya sangat nak pergi sambut dewa Jepun ni dah kenapa.”

“Budaya Islam sendiri taknak hayati, sambut Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Nuzul Al-Quran, Nisfu Syaaban. Alih alih Bon Odori juga yang nak pergi nya.” Komen warganet

via Instagram Syed Saddiq

Dalam entri terakhir Syed Saddiq, presiden MUDA ini mengatakan meski berbeza agama dan budaya, namun hubungan dua negara antara Malaysia-Jepun dapat dieratkan menerusi festival seperti ini.

[VIDEO] Gelagat Syed Saddiq Panggil Bella Astillah 'Sayang' Cetus Perhatian Ramai!

Apa pandangan anda tentang Festival Bon Odori ini?

Bon Odorisyed saddiq
https://lomp.at/e025i
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem