Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Isu Rogol, Zina Dan Hina Agama, PU Syed Beri Pesanan ‘Deep’

PU Syed menasihati agar masyarakat biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan terlebih dahulu

by Puteri Alia
July 21, 2022
via Instagram PU Syed

via Instagram PU Syed

38
KONGSIAN
Share on Facebook

Kebelakangan ini banyak isu-isu berkaitan menghina agama berleluasa dan kini timbul pula kes penceramah bebas melakukan zina dan rogol remaja bawah umur hangat diperkatakan.

Hal yang tular ini membuatkan penceramah dan pendakwah, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak, turut menyuarakan pandangannya di media sosial.

Satu Bentuk Kesalahan Berat

PU Syed dalam muatnaik yang dikongsikannya mengatakan bahawa kedua-dua isu tersebut membabitkan agama Islam dan merupakan kesalahan yang berat.

“Rogol + Zina Vs Hina Agama

Kedua-dua perbuatan ini adalah satu bentuk kesalahan berat di dalam agama tidak kira ianya datang dari siapa sekalipun samada bergelar agamawan, dermawan, angkasawan, hartawan, yang dikenali atau tak dikenali, atau siapa sahaja dan sudah tentu ianya mempalit kehinaan kepada Islam dan umat Islam.” Coretnya

via Instagram PU Syed

Tiada Kompromi Pada Pesalah Tapi….

Gara-gara isu hina Islam dan kes rogol melibatkan remaja bawah membuatkan individu yang terlibat (pelaku) menerima kecaman dan hentaman masyarakat.

Dalam entri yang ditulis PU Syed, pendakwah ini menjelaskan dalam Islam tiada kompromi terhadap pelaku. Tetapi dalam Islam juga menetapkan seseorang yang dituduh belum tentu bersalah sehinggalah dibuktikan memang bersalah.

“Islam tidak pernah berkompromi pada mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Muslim samada yang berpangkat ataupun tidak. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

لو أنَّ فَاطِمَةَ بنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا.

“Kalau Fatimah Binti Muhammad mencuri, aku pasti akan memotong tangannya!” (Hadis riwayat Imam al Bukhari dari Saidatina ‘Aishah Radhiyallahu ‘Anha)

Namun Islam turut menetapkan seseorang yang dituduh belum bersalah sehinggalah dibuktikan dia bersalah serta kita diajar untuk Tabayyun terlebih dahulu dan jangan terus Tibyayyun. Apatah lagi pada zaman yang carian google lebih pantas dirujuk dari sumber sebenar.” Tulis

Dalam coretan akhirnya, PU Syed menasihati masyarakat agar tidak memperbesarkan aib isu yang tular dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terlebih dahulu. Dan jika tertuduh didapati bersalah, hukuman berat bakal menanti dan pesalah perlulah insaf serta bertaubat.

PU Syed Bersuara Isu Sharifah Aleya Tindik Hidung-"Berhati-Hatilah Tentang Hukum Agama..."
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Fathi NaimPU Syed
https://lomp.at/tf57n
Share15Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem