Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Dia Muda Lagi Biasalah Kan Uncle”- Ira Kazar Beri Sokongan Pada Azhar Sulaiman?

Gara-gara anak perempuan dikritik berpakaian seksi, Azhar Sulaiman mendapat mesej sokongan dari Ira Kazar

by Puteri Alia
July 28, 2022
via Instagram Azhar Sulaiman

via Instagram Azhar Sulaiman

Share on Facebook

Pelakon terkenal tanah air, Azhar Sulaiman diasak dengan pelbagai komen dan kecaman dari warganet di media sosial, gara-gara anak perempuannya Kasih Iris Leona sering dilihat berpenampilan seksi.

Ira Bagi Sokongan

Murai MY menjengah ke Instagram Azhar, pelakon ini memuatnaik tangkap layar mesej dari Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin di Instagram.

Dalam kiriman mesej yang diberikan Ira Kazar, wanita ini menitip kata-kata sokongan kepada Azhar berkaitan isu anak perempuannya itu.

“Anak pakcik jadi lebih baik dari yang sebelum ni. Percayalah. Dia muda lagi biasalah kan pakcik. Saya pun pernah lalui zaman tu. Sekarang je dah ‘behave’ sikit haha. Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan urusan.” Mesej Ira

Anggap Seperti Anak Sendiri

Melihat kapsyen yang ditulis Azhar pula, pelakon ini mendedahkan dia juga menganggap Ira Kazar sebagai anak perempuannya sendiri sama seperti Leona.

“Anda sama seperti anak perempuan saya Ira!” Tulis Azhar

via Instagram Azhar Sulaiman

Netizen Perli Ira Kazar?

Muatnaik yang dikongsikan pelakon ini mendapat pelbagai reaksi dan komen dari warganet, rata-rata ramai yang memerli Ira Kazar diruangan komen.

“‘Behave’ lah sangat”

“Huhu yer ‘behave’ ler sangat” perli warganet

via Instagram Azhar Sulaiman

Selain itu, ada juga yang menitipkan pesanan yang baik-baik kepada Azhar agar tidak berputus asa mendoakan anak perempuannya itu agar diberi hidayah untuk berubah.

“Berat dugaan punya anak perempuan ni.. Banyak berdoa untuk mereka”

“Jangan letih berdoa. Satu hari nanti Allah akan makbulkan doa ayah ibu” komen mereka

Terdahulu Murai MY ada melaporkan tentang isu anak perempuan Azhar Sulaiman dikritik kerana berkongsi video seksi di TikTok. Apa pun semoga semuanya dipermudahkan buat pelakon ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
azhar sulaimanIra KazarKasih Iris Leona
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara