Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Puteri Sarah Jawab Dakwaan Netizen Kononnya Tiada Bukti Kukuh Nak Saman Ira Kaza

Puteri Sarah kemudian menitipkan pesanan agar tidak mendengar berita yang tidak sahih dan mengakui proses mengambil peguam sememangnya memerlukan masa.

by Naddy Joe
June 27, 2022
Share on Facebook

Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab soalan peminat mengenai tindakan undang-undang yang diambil terhadap  Ira Kaza yang menjadi punca rumah tangganya bersama pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof yang sedang dilanda badai sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram.

Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan adakah Puteri Sarah menangguhkan proses saman terhadap Ira Kaza disebabkan tidak mempunyai bukti yang cukup.

“Bila nak saman pihak belah sana, dengar cerita u tangguh-tangguhkan sebab u takde bukti betul ke sis.”-Soal peminat

Jangan Dengar Cerita Yang Tidak Sahih

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kemudian menitipkan pesanan agar tidak mendengar berita yang tidak sahih dan mengakui proses mengambil peguam sememangnya memerlukan masa.

“Jangan dengar cerita yang tak sahih. Yang cerita tu lawyer atau  makcik bawang?

Bila kita pakai lawyer memang ambil masa bukan harini call lawyer esok masuk court.”-Jelas Puteri Sarah

Tidak Akan Saman Jika Tiada Bukti Yang Cukup

Tambahnya lagi, dia turut menjelaskan bahawa jika dia tidak mempunyai bukti, untuk apa dia sibuk mahu menyaman wanita yang telah mengganggu rumah tangganya itu.

“If takde bukti buat apa lah i sibuk nak saman.”-kata Puteri Sarah

via Instagram Puteri Sarah

Sekadar info, nama Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian selepas mendedahkan identiti wanita yang telah menjadi ‘penghancur’ sehingga menyebabkan rumah tangganya bersama Syamsul Yusof bergolak.

Obses Dengan Puteri Sarah, Individu Misteri Ancam Mahu Hantar Sihir

Selain itu, Puteri Sarah mendedahkan bahawa wanita itu telah menganggu kesihatan mentalnya sejak 2019 dan menyebabkan dia dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ira kazaPuteri Sarah LiyanaSyamsul Yusof
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara