Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Anugerah Industri Muzik (AIM) Kembali Tahun Ini

Dinanti-nantikan sejak lama menyepi...

by Arsiqin Yusof
August 2, 2022
78
KONGSIAN
Share on Facebook

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah melancarkan edisi ke-23 Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah paling berprestij dalam industri seni muzik tanahair di mana pembukaan tempoh pencalonan, syarat kelayakan dan kriteria untuk setiap kategori yang dipertandingkan juga telah diumumkan.

Majlis pelancaran tersebut, yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur petang semalam amat dinantikan setelah sekian lama AIM menyepi sejak 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23, En. Rosmin Hashim mengumumkan bahawa RIM buat julung kalinya berkolaborasi bersama penyiar rasmi, Astro bagi penganjuran majlis anugerah AIM23 tahun ini.

Rancangan anugerah utama akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Astro RIA dan ERA yang bakal diadakan pada hari Ahad, 11 September 2022 pada jam 9.00 malam (Karpet Merah pada 8.30 malam).

“Kami amat teruja untuk menganjurkan AIM yang ke-23 selepas sekian lama menyepi dan juga amat gembira melihat industri muzik tempatan menuju ke arah pemulihan selepas tempoh pandemik. Sudah agak lama pengamal industri muzik tempatan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya, terutamanya penghormatan yang diperolehi dengan memenangi anugerah AIM. Sejak 1993, AIM telah dikenali sebagai Anugerah Grammy Amerika yang setaraf di Malaysia, satu-satunya persembahan anugerah tempatan yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada pengamal industri muzik tempatan termasuk penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit dan jurutera bunyi, berdasarkan merit dan kualiti di samping membantu merangsang kreativiti dan kecemerlangan dalam penciptaan muzik yang boleh menembusi pasaran antarabangsa”, kata Rosmin Hashim, Pengerusi RIM dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23.

“Terdapat perubahan besar dalam cara muzik digunakan dan didengari oleh orang awam. Untuk mencerminkan keluasan muzik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, kami telah menambah anugerah ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’ dan ‘Lagu India Tempatan Terbaik’ dalam kategori anugerah utama. Kami juga telah mengembalikan semula kategori ‘Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Asing’, manakala kategori ‘Lagu Paling Banyak Dimuat Turun’ telah digugurkan memandangkan penggunaan muzik pilihan orang ramai adalah melalui penstriman”, tambah Rosmin.

Di bawah adalah kriteria kelayakan, tempoh pencalonan diikuti senarai kategori anugrah utama;

Pencalonan untuk anugerah AIM 23 tahun ini dibuka untuk Lagu/Album dalam Bahasa Malaysia, Inggeris,
Cina dan India yang telah dikeluarkan di Malaysia dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022. Tempoh
pencalonan dibuka pada hari Rabu, 27 July 2022 dan akan berakhir pada hari Jumaat, 5 August 2022 jam
5.00 petang. Borang pencalonan boleh diisi dan diserahkan di https://aim.org.my/online-submission-2/.

Kategori Anugerah Utama

1. ARTIS BARU TERBAIK
2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)
4. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN)
5. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU
6. VIDEO MUZIK TERBAIK
7. RUNUT BUNYI (OST) TERBAIK DI DALAM FILEM/DRAMA
8. LAGU ROCK TERBAIK
9. LAGU POP TERBAIK
10. LAGU R&B/HIP HOP TERBAIK
11. LAGU POP ELEKTRONIK/DANCE TEBAIK
12. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
13. LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK
14. LAGU INDIA TEMPATAN TERBAIK
15. LAGU MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA
16. LAGU NASYID TERBAIK
17. LAGU POP ETNIK TERBAIK
18. ALBUM TERBAIK
19. LAGU TERBAIK

Anugerah Khas

20. ANUGERAH SRI WIRAMA

Kategori Pra-Anugerah

21. KULIT SINGLE/ALBUM TERBAIK
22. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
23. RAKAMAN LAGU TERBAIK
24. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU
25. LAGU PALING TINGGI DI STRIM
26. LAGU NADA DERING JUALAN PALING TINGGI

Seperti amalan bagi anugerah AIM, penghakiman untuk pencalonan yang diterima akan dikendalikan oleh
panel hakim terpilih yang terdiri daripada pengamal yang dihormati dan pakar terkemuka daripada
pelbagai disiplin dalam industri muzik tempatan, diketuai oleh Ketua Hakim yang dilantik oleh
Jawatankuasa Penganjur AIM. Markah yang diberikan oleh hakim-hakim ini akan dijadualkan dan diaudit
oleh juruaudit bebas sebelum keputusan dikeluarkan dan diumumkan. Penerima anugerah pencapaian
seumur hidup ‘Sri Wirama’ akan ditentukan oleh Ahli Majlis RIM. Keputusan 5 Calon Akhir AIM23 dijangka
diumumkan dalam bulan Ogos 2022.

AIM23
https://lomp.at/vcbhk
Share31Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem