Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

“Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

Pada Chef Wan cukup sekadar letak gambar beliau dan restoran, tidak perlu canang ayat berlebihan

by Mas Ayu
August 9, 2022
via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

2.8k
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tidak kenal dengan cef personaliti masakan terkenal Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan bukan? Nama beliau cukup dikenali ramai, sama ada di dalam negara mahupun luar.

Anggap Keterlaluan Dan Memalukan

Menjengah ke Instagram cef masakan ternama ini, Chef Wan memuatnaik satu perkongsian yang cukup menarik perhatian lensa Murai dan juga warganet.

Berdasarkan muatnaik tersebut, Chef Wan berkongsi sebuah gambar yang memaparkan papan iklan beliau mempromosi sebuah pusat membeli-belah. Gambar tersebut dikongsikan oleh rakan beliau sendiri, dan dipercayai iklan tersebut terletak di Jonker Street, Melaka.

Yang menjadi isu dan perhatian Chef Wan adalah perkataan yang dipampangkan di dalam iklan tersebut, membuatkan beliau berasa malu dan menganggap ayat tersebut seperti agak keterlaluan serta tidak perlu dicanang sebegitu.

“Terus-terang cakap, saya tidak suka dengan perkataan nombor 1 negara. Kenapa lah PR semua letak ayat macam tu ia hanya memalukan saya.

Lebih dari 30 tahun dalam industri ini, macam juga orang sibuk tanya kenapa tak guna Datuk dan Doktrate depan itu pun kerap berlaku.

Pada saya dah dapat sudah lah.. Tak perlu nak canang berlebih-lebihan sangat. Mereka semua dah tahu. Kalau mereka tak tahu pun, ianya tak penting pun bagi saya.” Coretnya

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

Perlu Dapat Kebenaran

Dalam pada itu, Chef Wan mengatakan dalam coretanya bahawa untuk iklan akan datang pihak yang terlibat perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang iklan.

“Akan datang nak keluarkan iklan seperti ini mesti rujuk kepada saya untuk kebenaran. Saya bukan nombor 1 tetapi saya hanya Chef Wan.” Luah beliau

Melihat dalam entri terakhir yang ditulis Chef Wan, beliau beranggapan gambar dirinya dan restoran sudah memadai dalam sesebuah iklan.

Sikap Rendah Diri Buat Netizen Sanjungi Chef Wan

Melihat hantaran yang dikongsikan cef terkenal ini, rata-rata ramai yang meluahkan rasa kagum dan menyanjungi sikap merendah diri Chef Wan.

“Sebab tu saya memang hormat dengan Datuk Chef Wan. Datuk sangat merendah diri. Orang yang hebat tidak perlu hebah semua ini.”

“Bagi kami, Datuk adalah cef legenda. Suka Datuk sejak zaman budak-budak.”

“Datuk, anda seorang ahli perniagaan yang merendah diri.” Komen warganet

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

“Benar apa yang anda katakan cef. Gelaran Chef Wan sememangnya lebih besar dari Datuk. Nama itu sendiri dah dikenali.”

“Chef Wan, cef kesayangan rakyat Malaysia.”

“Sikap merendah diri andalah yang membawa anda di tahap anda berada sekarang ini.” Komen mereka

Dengan sikap merendah diri sedemikian, tidak hairanlah Chef Wan sentiasa disayangi dan disanjung ramai rakyat Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: chef wanDatuk Redzuawan Ismail
Share1102Tweet689SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”
Gossip

[VIDEO] Aksi Maryam Jadi Bidadari, Cetus Rasa Teruja Peminat & Selebriti -“Cantik Sangat”

by Naddy Joe
January 31, 2023
Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?
Gossip

Sharnaaz Ahmad Mahu Artis ‘Penyondol’ Dalam Rumah Tangga Kena ‘Banned’ Dari Berlakon?

by Naddy Joe
January 31, 2023
Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa
Gossip

Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa

by Naddy Joe
January 31, 2023
Suami Fatin Afeefa Dikritik Netizen Selepas ‘Riak’ Dengan ‘Gift’ Di TikTok?
Gossip

Suami Fatin Afeefa Dikritik Netizen Selepas ‘Riak’ Dengan ‘Gift’ Di TikTok?

by Naddy Joe
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan