Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Berhenti Jadi Racun!” – Alha Alfa Kena Siber Buli?

Usahawan kosmetik mahu budaya siber buli dihentikan

by Puteri Alia
August 26, 2022
via Instagram Datuk Alha Alfa

via Instagram Datuk Alha Alfa

Share on Facebook

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal tanah air, Datuk Alha Alfa baru ini meluahkan rasa marah dan tertekan di media sosial beliau. Dalam laporan Murai MY baru ini, Alfa didakwa menipu pelanggan setelah memuatnaik video tutorial solekan menggunakan produknya di Instagram.

Siber Buli Dan Bunuh Diri

Melihat komen tersebut, Alha meluahkan rasa marah dan hampa dengan sikap individu tersebut yang membuat dakwaan sebegitu dan menganggap komen tersebut sebagai sibur buli dan boleh merosakkan masa depan serta menjadi punca seseorang ingin bunuh diri.

“Ini dikira siber buli. Buli orang dengan cara terbuka. Menuduh tanpa usul periksa dengan niat memberitahu yang saya menipu pada awam?

Awak kena tahu zaman media sosial adalah zaman yang paling gerun. Orang boleh bersuara sesuka hati. Jangan sampai orang macam awak ni lah yang akan merosakkan masa depan orang dan ramai yang bunuh diri” Coretnya

via Instagram Datuk Alha Alfa

Budaya Tidak Sihat

Alha juga memuatnaik satu lagi tangkap layar yang memaparkan komen dari warganet yang mengatakan tindakan usahawan memaparkan komen berkenaan seperti mengaibkan individu tersebut.

“Tak baik aibkan orang. Saya pun pakai pembayang mata awak. Pelanggan awak. Tak berkenan cara posting macam ni.” Komen warganet

Mendapat komen seperti itu, Alha menjelaskan beliau hanya menegakkan keadilan buat dirinya dan usahawan ini mendedahkan bahawa dia tidak menyukai dengan budaya siber buli seperti ini.

“Tak nak sokong, diam.. Tak nak beli, tengok je.. Tak suka tengok, sekat. Saya bukan marah sangat, cuma saya tak suka budaya ini diteruskan. Berapa ramai orang meniaga menggunakan media sosial sekarang ini. Jadi, berhenti jadi racun!?” Tulisnya

via Instagram Datuk Alha Alfa

Datuk Alha juga ada berkongsi bahawa bukan mudah bagi usahawan hendak menaikkan perniagaannya, apatah lagi banyak liku-liku yang dihadapi untuk berjaya. Beliau juga menekan bahawa betapa pentingnya menjaga kesihatan mental.

Semoga Datuk Alha kekal kuat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datuk Alha ALfaSiber Buli
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara