Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

“Korang Dah Kenapa?”- Pihak DBKL Kesal Landskap Di Dataran Merdeka ‘Lunyai’ Dipijak Orang Awam

by Naddy Joe
September 1, 2022
Share on Facebook

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan rasa kesal terhadap sikap orang ramai yang tidak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan ketika menyaksikan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan, 31 Ogos baru-baru ini.

“Langsung Rasa Tak Bersalah…”

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pihak DBKL menerusi foto dan video yang dimuatnaik di laman Facebook menunjukkan landskap di Dataran Merdeka ‘hancur’ dipijak orang ramai.

“Ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan. Langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik. Semangat tu dah bagus..Tapi caranya tak betul.”-Tulis DBKL di Facebook

via Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Pelbagai Reaksi Netizen

via Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi mereka di hantaran berkenaan, malah ada yang berpendapat ia adalah situasi yang berlaku di luar kawalan dengan kehadiran lebih daripada 70,000 orang membanjiri kawasan Dataran Merdeka.

“Orang terlalu ramai kali ni. Memang superb ramai. Memang tak dapat elak kalau dipijak macam tu sebab kali ni ramai pengsan, lemas, kepanasan.”

“Terpaksa lalu situ sebab jalan digunakan untuk parking kereta vvip.”

“Dataran Merdeka dah tak sesuai buat perarakan. Lagi better Putrajaya luas banyak parking.”

“Tak boleh nak salah diorang jugak. Ada yang datang jauh awal pagi bersesak..Dengan tempat yang terhad tak relevan tanam pokok sebegini. Dataran Merdeka dah tak sesuai. Putrajaya better jalan besar road shoulder luas. Parking banyak.”

Apa pendapat anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dataran merdekadbkl kecewa orang ramai pijak landskap
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara