Monday, February 6, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Bermula Sebagai Sukarelawan, Ogy Kini Mengarahkan Filem Untuk Yayasan Ammirul Ummah

by Phic ARMAN
September 1, 2022
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Seniwati berpengalaman besar dalam dunia seni, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Datuk Ahmad Daud muncul dengan filem pendek pertama arahannya sepanjang tempoh 50 tahun berkecimpung dalam dunia seni yang diberi judul Aidil & Atok.

Mengakui kini lebih gemar mengarahkan filem bergenre islamik, Ogy diberi mandat oleh Yayasan Ammirul Ummah untuk menghasilkan sebuah filem pendek, manakala penulisan skrip mendapat sentuhan dari Slen Fadzil.  Filem pendek ini disiarkan di laman Youtube Fatijja TV sebuah saluran yang menyajikan pengisian Islamik.

Semasa temubual bersama Ogy di majlis pratonton di Pawagam Mini P Ramlee, FINAS, Hulu Kelang, dia berkata kerjasama  dengan Yayasan Ammirul Ummah bermula sejak dua tahun lalu apabila dia dipelawa sebagai sukarelawan untuk pertubuhan bukan kerajaan itu.

“Asalnya mereka mengundang saya menjadi sukarelawan sejak dua tahun lalu, kemudian membuat hantaran di media sosial tentang misi dan aktiviti kebajikan mereka. Tapi saya rasa macam agak biasa setakat review kerana saya melihat sebagai seorang penonton. Lain jadinya, kalau kita paparkan misi dan kegiatan kebajikan mereka menggunakan platform filem. Alhamdulillah, cadangan saya diterima. Ini baru dua, saya ada sembilan projek filem yang belum dibuat, semuanya 11.”- katanya kepada media.

Bertanya lebih lanjut mengenai filem pendek ini, Ogy berkata filem pendek Aidil & Atok ini merupakan pendidikan dan kebajikan (Dakwahtainment).

“Aidil & Atok ini merupakan pendidikan dan kebajikan (Dakwahtainment) bagi mendekati masyarakat menerusi seni dan media sosial. “Aidil & Atok” menyelitkan elemen kasih sayang dalam kekeluargaan serta pembentukan akhlak murni seawal usia kanak-kanak.”- katanya.

Lebih menarik, Aidil & Atok dibarisi pelakon hebat seperti Zaidi Omar, Aiman Badrul dan Alexander Zulkarnain. Aidil dalam filem  ini merupakan contoh kanak-kanak yang mendapat didikan yang sebaik-baiknya daripada Atoknya itu selepas menjadi anak yatim piatu. Aidil juga diberi hidayah untuk berbakti kepada arwah ayah dan ibunya dalam cara yang mudah. Segala perbuatan Aidil itu mampu dikesan oleh Atuknya yang begitu tersentuh dan terharu dengan pengorbanan Aidil.

Filem pendek berdurasi 15 minit ini dapat ditonton di saluran YouTube Fatijja TV sejak 30 Ogos lalu.

Orang ramai yang ingin menyalur sumbangan untuk projek amal Yayasan Ammirul Ummah boleh salur ke akaun Maybank (563019271201) dan CIMB Bank (8603338218.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Share9Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?
Filem

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Saharul Ridzwan Hampir Lemas Di Tengah Laut, Penerbit Kongsi Detik Cemas Ketika Penggambaran Filem COAST GUARD
Filem

Saharul Ridzwan Hampir Lemas Di Tengah Laut, Penerbit Kongsi Detik Cemas Ketika Penggambaran Filem COAST GUARD

by Phic ARMAN
February 1, 2023
‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian
Bollywood

‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian

by Phic ARMAN
January 30, 2023
Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama
Bollywood

Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

by Phic ARMAN
January 26, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan