Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

‘Kejap Lagi Negara Sana Claim’- Ramai Bimbang Selepas Roti Canai Dinobatkan Makanan Terbaik Di Dunia

by Zaidin Albert
September 30, 2022
Share on Facebook

Mungkin ramai yang tak perasan, banyak makanan popular yang terdapat di Malaysia secara tak angsung telah menyatukan kita semua dalam berbilang bangsa. Setiap negara mempunyai hidangan istimewa masing-masing yang membanggakan . Bagi kita rakyat Malaysia, makanan yang sering diangkat menjadi popular seperti Nasi Lemak dan Roti Canai.

Mulai September 2022, Taste Atlas telah menilai Roti Canai sebagai ‘street food’ terbaik di dunia manakala makanan dari Korea Tteokbokki berada di penghujung senarai iaitu di kedudukan ke 50.

Lazimnya, Roti Canai merupakan makanan popular di Malaysia, tak kira untuk sarapan pagi, atau pada bila-bila masa sepanjang hari. Jadi siapa sangka, Roti Canai ini dinobatkan sebagai juara dalam ‘street food’ dan pastinya seluruh rakyat Malaysia rasa teruja.

VIA Taste Atlas

Menurut Taste Atlas, Roti Canai berasal dari India, dan resipi itu diperkenalkan oleh buruh India yang berhijrah ke negara kita dahulu.

Resipi hanya terdiri daripada beberapa bahan, iaitu tepung, telur dan minyak sapi. Roti yang diuli kemudian dipanaskan atas kuali menjadi  rangup biasanya dihidangkan dalam bentuk bulat dan dicicah dengan kari.

Pengumuman ini telah mendapat reaksi ramai rakyat Malaysia. Sudah tentu, rakyat Malaysia juga teruja untuk melihat roti canai berada di kedudukan nombor satu, tetapi di ruangan komen halaman Facebook Daily Makan, sebilangan rakyat Malaysia nampaknya mempunyai “kebimbangan” lain.

Kebimbangan mengenai “tuntutan hak cipta” yang sebenarnya hanya sekadar jenaka.

VIA Facebook Daily Makan
VIA Facebook Daily Makan
VIA Facebook Daily Makan
VIA Facebook Daily Makan
VIA Facebook Daily Makan

Nampaknya ramai yang bimbang dengan negara yang ‘kaki claim ‘ tu ya. Walau apa pun, MURAI benar-benar bangga kerana salah satu makanan ‘street food’ dinobatkan sebagai juara. Jika sebelum ini kami menganjurkan FESTIVAL NASI LEMAK, mungkin selepas ini beralih ke Roti Canai pula?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
roti canai
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara