• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

Netizen Puji Aksi Pelajar Iran Buka Hijab Dan Tayang Rambut?

Warganet menyokong aksi pelajar perempuan di Iran sebagai tanda memperjuangkan hak kebebasan wanita di sana

by Puteri Alia
October 5, 2022
via Twitter

via Twitter

Share on Facebook

Dunia kini kecoh dengan kemelut yang sedang melanda Iran gara-gara undang-undang berkaitan pemakaian hijab, di mana pemerintah negara berkenaan telah menetapkan dan memaksa kaum hawa wajib memakai tudung seawal umur tujuh tahun.

Tunjuk Perasaan, Buka Hijab

Banyak rakaman video dan gambar tersebar di media sosial baru-baru ini, di mana terdapat pelajar perempuan Iran membuka hijab dan menayangkan rambut mereka sambil melaungkan ucapan mengutuk pemimpin negara mereka.

Banyak ciapan di laman Twitter berkongsikan hal berkenaan dan salah satu yang menarik lensa Murai MY adalah muatnaik milik Sofia Ukraini yang memaparkan gambar dan video sekumpulan pelajar Iran tidak bertudung.

“Pelajar perempuan di #Iran”

“Mereka ambil alih sekolah mereka dan melaungkan ‘matilah diktator’ #Iran” Ciapnya

via Twitter

Aksi Pelajar Perempuan Iran Dipuji

Ciapan milik Sofia Ukraini ini mendapat perhatian warganet dari seantero dunia dan rata-ratanya ramai yang memuji tindakan berani pelajar perempuan di negara tersebut.

“Keberanian itu, saya harap mereka selamat.”

“Rambut yang cantik patut ditayangkan, jika seseorang itu ingin membuat demikian.”

“Keberanian yang tak cukup kuat untuk menggambarkan pelajar perempuan ini yang menggadaikan nyawa, menyuarakan siapa diri mereka.” Ciap warganet

via Twitter

“Perempuan Iran yang berani.”

“Pelajar perempuan ini miliki rambut yang cantik, mereka tidak sepatutnya di paksa untuk menyembunyikannya sebaliknya di beri pilihan untuk menunjukkan ia pada dunia!”

“Saya bangga dengan anda!” Ciap mereka

via Twitter

Sekadar info, kemelut yang melanda mula mendapat perhatian apabila kejadian yang menimpa seorang perempuan yang mati dalam tahanan atas kesalahan melanggar undang-undang hijab.

Nasib yang menimpa wanita berkenaan membuatkan ramai pelajar perempuan berhimpun dan menanggalkan hijab dikhalayak ramai sebagai tanda tunjuk perasaan serta menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap undang-undang yang ditetapkan pemerintah mereka.

hijabIran
https://lomp.at/fyf6n
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Hollywood

Brad Pitt ‘Ganti Wajah’ Watak Ikonik Léon, Video AI Ini Cetus Debat Panas Netizen

by Iffah Najwa
December 25, 2025

Satu video janaan kecerdasan buatan (AI) yang tular baru-baru ini di platform X kembali menghidupkan perbincangan hangat mengenai had sebenar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore