Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Dari Terlantar Sampai Boleh Berjalan Umi Jaga”- Terpaksa Berpisah Atas Permintaan Keluarga Lelaki

by Rory Kim
October 18, 2022
Share on Facebook

Setelah bertungkus-lumus mengurus dan menjaga suami yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya, akhirnya terpaksa lepaskan dengan berat hati. Usahawan kosmetik, Siti Rohayu atau dikenali Ayu telah mengejutkan rakyat Malaysia dengan berita perpisahannya bersama suaminya.

Saat Terakhir Umy Ayu Bersama Abi

@mummy_beauty

bila kau sedih aku pun sedih?mummy fllow sampai pintu bicara?#fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ original sound – ??AISYAH LAMPUNG?? – ??AISYAHLAMPUNG??

Menerusi video tersebut , terlihat suasana sayu saat terakhir pasangan tersebut bergelar suami isteri di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Besut. Sahabat Ayu dengan panggilan mesranya Mummy akui dia turut bersedih dengan apa yang berlaku terhadap Ayu.

bila kau sedih aku pun sedih?mummy follow sampai pintu bicara

Menjengah keruangan komen di tiktok, ramai yang turut berduka atas apa yang telah berlaku. Ada juga yang terkilan dengan perpisahan yang berlaku diantara meraka kerana mereka mengikuti perkembangan kesihatan suami yang dijaga ayu.

dari terlantar sampai boleh berjalan umi jaga..Allah Hu akbar..akak doa baik-baik untuk mu- netizen titip doa

Kesiannya ? kita tengok dari suami dia sakit terlantar umy tu jaga sampai boleh berjalan normal. Tapi senang-senang je family belah nak ambil balik.-tulis netizen

dah penat susah payah jaga masa susah,sakit,lumpuh tup-tup dah sihat family ambik balik..

VIA Tiktok mummy_beauty

“Aku Halalkan Juga Setiap Nafkah…”

VIA Instagram wanayu303

Hasil tinjauan Murai MY di laman instgramnya, Ayu mengatakan dia sudah tidak mampu mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama suaminya, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki. Tulisnya di laman sosial instagramnya, dia memohon maaf kepada suaminya, seandainya dia tidak menjadi isteri yang baik buatnya.

Buat kali terakhir ku jalan kan tugas sebagai seorang isteri buat diri mu. Esok berakhir la sudah kisah kita. Andai ada salah dan silap, Maafkan diri ku sepanjang bergelar isteri mu. Maafkan aku Tak mampu nak menjadi seorang isteri yang baik buat dirimu. Maafkan aku tak mampu nak pertahankan lagi.- tulisnya di instagram

Ayu juga mengharapkan keluarga suaminya akan menjaganya dengan baik. Bukan itu sahaja, Ayu juga menghalalkan segala nafkah yang tidak mampu suaminya laksanakan sebagai seorang suami disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan.

Semoga dirimu dijaga dengan baik oleh keluarga mu. Lebih baik dari aku menjaga mu. Halalkan segala-galanya, Aku halalkan juga setiap nafkah yang tidak mampu kau bagi. Semoga Allah jaga dirimu wahai suami. tulis ayu buat suaminya

Murai my mendoakan supaya Ayu terus kuat dalam menempuhi hidup di masa akan datang dan sentiasa dipermudahkan segala urusannya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Usahawan Kosmetik
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara