Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Bimbang Isteri Alami ‘Uri Di Bawah Rahim’ Ketika Hamil, Aliff Syukri Mohon Pendapat Orang Ramai

by Naddy Joe
October 27, 2022
Share on Facebook

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini pernah berkongsi detik cemas apabila isterinya, Datin Seri Shahida yang sedang hamil menjerit kesakitan akibat pendarahan.

“Jujur Saya Tidak Ada Pengalaman…”

Terkini, Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa bimbang dengan keadaan isterinya yang masih belum sihat dan mengalami keadaan placenta previa atau masalah kedudukan uri di bawah ketika hamil.

“Jujurnya saya tidak ada pengalaman placenta/rahim ke bawah untuk anak-anak saya sebelum ni. Pendarahan dah berkali-kali berlaku dan doktor nasihat jangan berjalan langsung.”-Kongsi Aliff

Tambahnya lagi, usahawan sensasi ini juga memohon bantuan daripada peminat untuk berkongsi pengalaman dan tip yang harus dilakukan bagi memastikan isteri dan bayi berada dalam keadaan selamat.

“Siapa ada pengalaman macam ni..Dan apa patut saya buat untuk baby dan wife @shahidadherbs saya selamat??.”-Tulis Aliff

Dibanjiri Komen Peminat

Di ruangan komen, rata-rata peminat turut berkongsi beberapa tips dan pengalaman yang pernah mengalami situasi yang sama seperti Datin Shahida.

“Harus benar-benar bedrest Datuk. Hanya berbaring saja. Semakin besar kandungan akan semakin besar tekanannya. Jadi harus berbaring saja. Kerana saya pengalaman peribadi.”

“Kena baring kat katil je. Jangan jalan langsung.”

“Ini kes placenta previa. Kena baring je kalau kena type yang serius.”

Sama-sama kita doakan agar Datin Shahida serta bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan selamat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aliff syukridatin seri shahida
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara