Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
Bahan tersebut ditemui di kediamannya di Filipina dalam empat kotak besar yang mengandungi ratusan imej grafik dan video.
Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak Tahun 2018?
Berdasarkan dan laporan media antarabangsa, Duchess of Sussex itu dilaporkan telah menyedari perkara ini sejak sekian lama. Dia menyedari dakwaan mengenai bapanya pada musim panas, beberapa minggu selepas perkahwinannya dengan Putera Harry.
Duchess of Sussex itu juga mendedahkan bahawa dia telah menghantar sepucuk surat kepada Polis Metropolitan dan unit Perlindungan Diraja dan Pakar yang mengandungi dakwaan mengenai Thomas.
Meghan juga akui telah memutuskan hubungan dengan bapanya untuk melindungi kedua-dua anaknya. Dia juga melarang keras Thomas daripada berjumpa mereka.
Untuk rekod, penemuan bahan pornografi kanak-kanak milik Thomas telah didedahkan oleh abang tiri Meghan, Thomas Markle Junior selepas menemui gambar dan video kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti seksual dalam telefon lama bapanya.











