Solekan tanpa maskara ibarat irama dan lagu tak boleh dipisahkan. Memang tidak lengkap solekan tanpa sentuhan magis maskara ini. Ia bertujuan untuk melentikkan lagi bulu mata agar solekan wajah lebih menyerlah dan berseri.
Selain daripada penggunaan pensel kening dan celak, produk kosmetik jenis maskara juga memainkan peranan penting untuk solekan mata yang lebih menarik. Apa yang penting dalam pemilihan maskara ini adalah efek lentik dan memanjangkan bulu mata namun ia harus terlihat semula jadi, itu yang dicari-cari ramai gadis di luar sana.
Rimmel London
Menjawab keperluan ini, Rimmel London membawa salah satu produk maskara yang baru sahaja dilancarkan ke Malaysia.
Lebih tebal dan ringan, itulah yang dijanjikan oleh Rimmel Thrill Seeker Mascara. Sesuai untuk wanita Asia yang kebanyakannya memiliki bulu mata pendek dan tipis, maskara ini dikatakan mampu menonjolkan lagi kewujudan bulu mata anda.
Rimmel Thrill Seeker Mascara mengandungi formula berkrim dengan berus gentian yang boleh membantu memanjangkan dengan Lengthening maskara ini d an melebatkan bulu mata, supaya ia kelihatan dramatik dari semua arah. Ia sangat lembut mencengkam setiap bulu mata dari akar ke hujung.
Dan hasilnya boleh tahan sehingga berjam jam lamanya, berkat dari panthenol yang membuatkan bulu mata menyerlah lebih lama & kelihatan lebih kuat.
Rimmel Thrill Seeker Mascara mungkin dicari-cari oleh ramai wanita di luar sana kerana ia tidak akan menyebabkan mata anda kelihatan kotor dan bergumpal. Malah ia boleh ditanggalkan dan dibersihkan dengan mudah sekali.
Jadi, adakah Rimmel Thrill Seeker Mascara berbaloi untuk dibeli untuk kegunaan harian?
Bagi anda yang inginkan solekan lebih hidup tanpa perlu bersusah payah menggunakan eyelash extension atau bulu mata palsu, maka maskara yang berharga RM49.90 yang terjual di Shopee ini boleh dicuba. Atau ia boleh didapati di Watson menerusi dalam talian atau outlet yang berhampiran anda.
Untuk perkembangan terkini dan info selanjutnya, bolehlah ke laman media sosial rasmi di Facebook, Instagram dan TikTok
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.