Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

“Ini Bukan Untuk Membodek”- DJ Fuzz & WARIS Hasilkan Lagu Untuk Keluarga Malaysia

by Phic ARMAN
November 17, 2022
Share on Facebook

Dalam beberapa jam lagi, rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab turun mengundi. Memeriahkan lagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) tahun ini, komposer DJ Fuzz dan penyanyi rap terkenal, Waris bersatu menghasilkan lagu berjudul Ini Negara Kita, Keluarga Kita.

Bukan Untuk Membodek Atau Mengampu

DJ Fuzz  berkata lagu itu lebih kepada ilham menyemarakkan rasa patriotik di kalangan pemimpin dan rakyat khusunya kepada Keluarga Malaysia. Dalam masa yang sama, dia menepis lagu berkenaan dicipta untuk tampuk pimpinan yang ketika ini masih diketuai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS).

“Lagu saya bikin dengan Waris bukan idea sesiapa atau pun mengambil cetusan untuk melobi, membodek atau mengampu pucuk pimpinan negara. Kalau ada yang kata lagu ini idea DSIS atau sesiapa sekalipun, mereka mungkin boleh ‘claim’.

“Tetapi apa yang lebih utama hayatilah intipati dan isi kandungan lagu ini. Lagu ini dicipta bukan untuk mana-mana parti politik. Lagu ini saya bikin untuk aspirasi Keluarga Malaysia”- katanya.

Boleh tonton video di bawah.

YouTube video

DJ Fuzz menambah ini kali pertama dia dan Waris berkolaborasi menghasilkan lagu patriotik.

“Sebenarnya saya sudah hilang perkiraaan berapa kali sudah bekerjasama dengan Waris. Rasa-rasanya lebih 100 kali. Kami mula bekerjasama sejak tahun 2012. Harus saya akui Waris sangat kreatif dan berbakat besar. Saya senang bekerjasama dengannya,” katanya.

Pemilik nama penuh, Farzwa De Attahar Emir itu mengkelaskan karyanya dengan Waris itu bergenre pop.

“Lagu bersifat universal. Begitu juga dengan lagu ini. Ia sebenarnya lebih condong kepada motivasi yang boleh menyemarakkan semangat pendengar mahupun rakyat. Dalam kesibukan kita ‘’bergaduh’ dek pilihan raya, saya cuma mahu ingatkan bahawa kita semua sebenarnya berada di dalam satu keluarga besar.

“Pada hemat saya, Keluarga Malaysia bukan sekadar satu gagasan Kerajaan, tetapi ia adalah satu gaya hidup. Keluarga Malaysia sudah melepasi batas sempadan ideologi politik. Ia bukan hak milik mana-mana parti politik,” katanya.

DJ Fuzz menutup bicara dengan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya tidak berbalah disebabkan perbezaan fahaman politik. Dia berkata, kita semua berteduh dan mencari rezeki di bawah satu bumbung iaitu Malaysia.

“Semangat Keluarga Malaysia yang membawa kita keluar daripada kemelut kesihatan, ekonomi dan politik. Saya harap lagu ini disambut baik oleh semua. ‘Toksah gado-gado. Berkolai yo kojo ei. Selamat mengundi!’,” katanya.

DJ Fuzzwaris
https://lomp.at/n4a19
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem