Pulau Langkawi memang terkenal di Malaysia. Ini terbukti setelah Langkawi menduduki tempat ke-6 untuk destinasi pilihan dalam Data Tempahan Agoda. Pulau yang masyur dengan lagenda Mahsuri ini bukan sahaja cantik, ianya juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
Selain memikirkan aktiviti dan tempat untuk dilawati, memilih tempat penginapan yang selamat, selesa dan boleh membuat kanak-kanak seronok juga amat penting. Pengunjung akan menghabiskan separuh masa lawatan mereka berehat di hotel di Pulau Langkawi. Jadi mestilah kena betul-betul pilih yang sesuai.
Untuk percutian keluarga, kami rasa lebih mudah dengan Agoda. Sebuah platform dalam talian yang membolehkan pelanggan menempah penginapan perjalanan dan aktiviti semasa bercuti. Agoda menawarkan pelbagai pilihan hotel, aktiviti pelancongan atas talian dengan kadar yang menarik.
Dalam sehari jer, kami selesai segala urusan tempahan tiket flight, hotel dan aktiviti untuk percutian keluarga selama 3 hari 2 malam. Berikut saya kongsikan perjalanan menarik sepanjang percutian dan beberapa aktiviti paling best bersama keluarga di Langkawi.
Untuk percutian kali ini, kami memilih kawasan Pantai Cenang yang menjadi pilihan keluarga saya sekiranya kami ingin bercuti di Langkawi. Kerana di sana banyak penginapan yang harganya berpatutan dan sesuai untuk budget kami. Tambahan pula, lokasi Pantai Cenang sangat strategik di mana kami mudah untuk mencari kedai makan, kedai runcit, mesin ATM, membeli cenderahati dan menikmati pemandangan pantai sambil mandi manda di sana.
Penginapan & Penerbangan Jimat Dengan Agoda Flight + Hotel
Untuk penerbangan dan penginapan, tempahan boleh buat serentak dengan Agoda Flight + Hotel dan semestinya lebih jimat dan teratur. Tak payah pening kepala. Untuk penerbangan, terpulang kepada anda untuk memilih sama ada Malaysia Airlines, Batik Air ataupun Firefly. Saya memilih AirAsia kerana lebih murah dan menjimatkan untuk membawa keluarga yang besar.
Untuk penginapan, saya mencari sebuah rumah yang boleh menempatkan 5 hingga 6 orang untuk satu keluarga. Akhirnya saya menemui penginapan Langkawi 2- Bedrooms Pool Villa yang terletak tidak jauh dari Pantai Cenang.
Kami sekeluarga lebih suka tinggal di rumah, villa atau pangsapuri kerana ia lebih luas. Yang paling penting seisi keluarga boleh mingle-mingle, masak-masak dan dalam sebuah rumah.
Yang paling best, kami juga boleh mempunyai akses ke kolam renang kami sendiri dengan harga yang jauh lebih murah daripada menempah bilik hotel biasa.
Untuk Villa ini, terdapat banyak kemudahan yang mesra keluarga terutama sekali dia ruangan dapur. Banyak peralatan dan perkakas untuk memasak disediakan termasuklah ketuhar, microwave, pinggan mangkuk, periuk dan sebagainya.
Antara kelebihan lain jika kita memilih penginapan bukan hotel, urusan check-in dan check-out sangat mudah. Kalau di hotel sudah pastinya harus beratur panjang untuk urusan check-in.
Kelainan jika anda menginap di Villa yang berkongsepkan privacy ini ialah anda umpama menginap di rumah sendiri. Ia merupakan sebuah villa mewah yang mempunyai 2 bilik tidur, 3 bilik air serta bilik laundry yang lengkap dan kemas. Bilik mandi utama dilengkapi dengan tub mandi yang boleh memuatkan dua orang dalam satu masa.
Berikut adalah perkongsian step by step tempahan saya dan betapa mudahnya saya merancang keseluruhan perjalanan ini untuk keluarga saya! Menjimatkan banyak masa untuk saya memikirkan apa yang perlu dipakai, apa yang perlu dilakukan untuk keluarga.
Masukkan butiran destinasi, tarikh dan bilangan ahli keluarga untuk dewasa dan kanak-kanak serta jumlah bilik penginapan.
Pilih hotel yang bersesuaian dengan keselesaan, keperluan dan fasiliti untuk keluarga anda.
Kemudian anda boleh menentukan jenis pesawat untuk penerbangan. Kebiasaannya Agoda akan mencadangkan penerbangan yang paling menjimatkan. Namun jika anda mahu membuat perubahan masa berangkat ataupun ketika pulang, anda boleh scroll ke bawah dan semak waktu penerbangan lain yang tersedia.
Untuk info, harga yang tertera adalah kos untuk ‘per person’ merangkumi penerbangan & penginapan. Selepas selesai membuat pilihan waktu penerbangan, anda boleh terus membuat pembayaran.
Di sini anda boleh lihat betapa jimatnya kos keseluruhan atau ‘Bundle Saving’ dengan Agoda Flight + Hotel berbanding jika beli secara berasingan. Berbaloi kan?
Pilih Aktiviti Menarik Di Langkawi Dengan Agoda
Dalam platform yang sama di Agoda, anda juga boleh siap-siap cari aktiviti yang sesuai untuk membawa sekeluarga. Ada beratus-ratus pilihan aktiviti pelancongan disediakan, sampai saya pun tak tahu nak pilih yang mana.
Caranya mudah, dengan hanya pergi ke laman Aktiviti dan masukkan destinasi di ruang pencarian. Nah boleh pilih yang mana anda suka!
Langkawi Here We Come!
Sudah selesai buat tempahan penerbangan, penginapan dan aktiviti, jom saya kongsikan pengalaman kami selama 3 hari 2 malam di Langkawi.
Seperti biasa, sebaik saja tiba di airport kami terus collect kereta sewa di sana. Bila di Langkawi, sebaiknya anda sewa kereta sendiri berbanding bergantung pada kenderaan awam. Jimat masa, tenaga dan senang kalau nak ke mana-mana. Tapi kalau nak guna e-hailing seperti Grab pun boleh juga. Ikut pada keselesaan masing-masing.
Restoran Nasi Dagang Pak Malau
Selesai urusan pick-up kereta, kami terus terus pergi makan tengahari di Nasi Dagang Pak Malau yang terletak di Jalan Makam Mahsuri, sekitar 20 minit dari airport. Nasi dagang di sini memang sangat terkenal di kalangan penduduk sekitar dan juga pelancong yang datang ke Langkawi.
Kebiasaannya, pelanggan akan serbu pada waktu pagi untuk sarapan sambil menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau. Antara menu popular di sini adalah Nasi Dagang Gulai Ikan dan juga Nasi Dagang Gulai Ayam Kampung. Memang sedap! Ada juga menu lain disediakan di sini kalau anda nak cuba.
Check-In Langkawi 2- Bedrooms Pool Villa
Kami tiba di Cenang Plaza Beach Hotel jam 3 petang untuk selesaikan urusan check-in. Kemudian kami harus memandu semula dalam 2km ke Villa ini yang terletak di Pantai Tengah. Langkawi 2- Bedrooms Pool Villa merupakan penginapan mewah dan premium oleh The Vibrant Collections yang terletak di LavaNya Residences.
Villa ini sangat besar ya! Kami disambut oleh staff mereka untuk menerangkan fasiliti yang mereka disediakan. Staff di situ siap beri pesanan, buah-buahan atas meja itu adalah percuma bukan hiasan semata-mata.
Masuk sahaja ke villa ini, sudah semestinya anak-anak teruja melihat kolam renang besar di sebelah ruang tamu. Sambil tengok TV, ibu bapa boleh pantau anak-anak mandi-manda di luar.
Jom Saksikan Fasiliti dan Suasana di Langkawi 2- Bedrooms Pool Villa
Langkawi Adventure & Xtreme Park
Selesai sahaja check-in, kami bergegas ke sebuah tarikan baru di Langkawi. Kalau sebelum ini kita selalu lihat Skybike atau basikal terbang di Jogja dan Bandung, sekarang Langkawi pun ada.
Kalau anda tak tahu, Skybike ini adalah basikal yang dikayuh di atas landasan kabel tergantung. Kalau ambil gambar nampak macam berbasikal di langit! Sebenarnya Di Langkawi Adventure & Xtreme Park terdapat banyak lagi aktiviti best untuk seisi keluarga.
Kami hanya beli di Agoda dengan promosi 6 dalam 1 untuk aktiviti pada harga RM111 untuk dua orang. Anda boleh pilih mana-mana 6 aktiviti yang anda mahukan termasuklah ATV, lumba go kart, flying fox, memanah, menunggang kuda, paint ball, wayang 5D, rumah hantu, muzium 3D & muzium terbalik. Boleh buat tempahan di sini.
Skytrex Langkawi
Kami sekeluarga memilih untuk melakukan aktiviti lasak pada hari kedua di Langkawi. Di Langkawi terdapat sebuah tempat iaitu Skytrex Langkawi.
Skytrex ialah satu aktiviti extreme di atas pokok. Kami kena melalui halangan yang agak mencabar (boleh pilih level yang mudah hingga sangat mencabar). Antara halangan tersebut termasuklah flying fox, panjat tangga, meniti kayu, meniti tali dan banyak lagi. Terdapat 3 pakej yang disediakan di Skytrex iaitu little legend adventure, eagle thrill dan island extreme. Jadi anda bolehlah pilih pakej mengikut kemampuan dan keyakinan anda.
Kami sekeluarga memilih eagle thrill untuk dewasa dan little legend adventure untuk kanak-kanak. Disini faktor keselamatan sangat diutamakan. Sebelum memulakan aktiviti kami diberi taklimat dan anda jangan lupa kenakan pakaian yang sesuai untuk aktiviti lasak demi menjaga keselamatan.
Paradise 101 Langkawi – Play, Relax, Refresh
Selepas penat memanjat dan mengharungi pelbagai cabaran di Skytrex Langkawi, kami sekeluarga merehatkan diri dan menjamu selera di Paradise 101 Langkawi.
Tidak jauh dari Skytrex Langkawi, Paradise 101 Langkawi menyediakan bot khas untuk membawa para pengunjung ke Paradise 101 melalui jeti yang terletak di antara Pantai Kok dan Telaga Harbour Marina.
Pulau eksklusif ini memang luar biasa cantiknya kerana berlatarbelakangkan Lautan Andaman yang membiru. Pemandangan nya saja sudah cukup menenangkan.
Kami hanya ambil pakej paling jimat iaitu, Paradise 101 Langkawi – Play, Relax, Refresh yang berharga RM49.50 seorang. Pakej ini sudah termasuk boat transfer, Aqua Park (2 jam), Kayak (30 minit), aktiviti memancing, board games, percuma air minuman dan boleh lepak-lepak tepi pantai.
Haa jimat kan? Pakej ini memang sesuai buat seisi keluarga.
OMG Restaurant
Oh ya, di sini juga ada disediakan tempat makan menarik tau. Jadi tak perlu risau nak bawa bekalan makanan banyak-banyak kerana anda perlu rasai pengalaman kulinari yang menarik di OMG Restaurant. mereka juga ada menyediakan makanan ala Barat yang lain seperti Burger, Pasta, Chicken Chop dan Grilled Lamb. Tapi kalau anda tekak Melayu sejati, jangan risau! Di sini juga ada menyediakan makanan lokal seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng dan Mee Kari. Dessert seperti aiskrim dan waffle juga ada di sini.
Banyak Lagi Aktiviti Menarik Di Langkawi Bersama Keluarga
Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik dengan keluarga yang anda boleh kunjungi di Langkawi. Kalau ada ada masa yang lebih lama di sini, anda boleh mencuba aktiviti dibawah dan boleh klik pautan untuk lihat harga pakej di Agoda.
- Lawatan Peribadi di Langkawi dengan SkyBridge dan Kereta Kabel Langkawi
- Splash Out Langkawi
- Separuh Hari Di Kilim Geoforest Park Mangrove Boat Tour
Aktiviti menarik yang disenaraikan di atas ini memang amat berbaloi sekali untuk pengunjung yang datang dengan keluarga. Jika senarai ini masih tidak mencukupi, boleh sahaja terus ke laman web Agoda untuk lebih pilihan aktiviti.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.