Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Percutian Keluarga Ke Langkawi Dengan AGODA Lebih Jimat Masa & Duit? Ini Buktinya!

by Phic ARMAN
November 30, 2022
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Pulau Langkawi memang terkenal di Malaysia. Ini terbukti setelah Langkawi menduduki tempat ke-6 untuk destinasi pilihan dalam Data Tempahan Agoda. Pulau yang masyur dengan lagenda Mahsuri ini bukan sahaja cantik, ianya juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.

Selain memikirkan aktiviti dan tempat untuk dilawati, memilih tempat penginapan yang selamat, selesa dan boleh membuat kanak-kanak seronok juga amat penting. Pengunjung akan menghabiskan separuh masa lawatan mereka berehat di hotel di Pulau Langkawi. Jadi mestilah kena betul-betul pilih yang sesuai.

Untuk percutian keluarga, kami rasa lebih mudah dengan Agoda. Sebuah platform dalam talian yang membolehkan pelanggan menempah penginapan perjalanan dan aktiviti semasa bercuti.  Agoda menawarkan pelbagai pilihan hotel, aktiviti pelancongan atas talian dengan kadar yang menarik. 

Dalam sehari jer, kami selesai segala urusan tempahan tiket flight, hotel dan aktiviti untuk percutian keluarga selama 3 hari 2 malam. Berikut saya kongsikan perjalanan menarik sepanjang percutian dan beberapa aktiviti paling best bersama keluarga di Langkawi.

Untuk percutian kali ini, kami memilih kawasan Pantai Cenang yang menjadi pilihan keluarga saya sekiranya kami ingin bercuti di Langkawi. Kerana di sana banyak penginapan yang harganya berpatutan dan sesuai untuk budget kami. Tambahan pula, lokasi Pantai Cenang sangat strategik di mana kami mudah untuk mencari kedai makan, kedai runcit, mesin ATM, membeli cenderahati dan menikmati pemandangan pantai sambil mandi manda di sana.

Penginapan & Penerbangan Jimat Dengan Agoda Flight + Hotel

Untuk penerbangan dan penginapan, tempahan boleh buat serentak dengan Agoda Flight + Hotel dan semestinya lebih jimat dan teratur. Tak payah pening kepala. Untuk penerbangan, terpulang kepada anda untuk memilih sama ada Malaysia Airlines, Batik Air ataupun Firefly. Saya memilih AirAsia kerana lebih murah dan menjimatkan untuk membawa keluarga yang besar.

Untuk penginapan, saya mencari sebuah rumah yang boleh menempatkan 5 hingga 6 orang untuk satu keluarga.  Akhirnya saya menemui penginapan Langkawi 2- Bedrooms Pool Villa yang terletak tidak jauh dari Pantai Cenang.

Ruang Tamu dan Ruang Makan

Kami sekeluarga lebih suka tinggal di rumah, villa atau pangsapuri kerana ia lebih luas. Yang paling penting seisi keluarga boleh mingle-mingle, masak-masak dan dalam sebuah rumah.

Yang paling best, kami juga boleh mempunyai akses ke kolam renang kami sendiri dengan harga yang jauh lebih murah daripada menempah bilik hotel biasa.

Kolam Renang

Untuk Villa ini, terdapat banyak kemudahan yang mesra keluarga terutama sekali dia ruangan dapur. Banyak peralatan dan perkakas untuk memasak disediakan termasuklah ketuhar, microwave, pinggan mangkuk, periuk dan sebagainya.

Antara kelebihan lain jika kita memilih penginapan bukan hotel, urusan check-in dan check-out sangat mudah. Kalau di hotel sudah pastinya harus beratur panjang untuk urusan check-in. 

Kelainan jika anda menginap di Villa yang berkongsepkan privacy ini ialah anda umpama menginap di rumah sendiri.  Ia merupakan sebuah villa mewah yang mempunyai 2 bilik tidur, 3 bilik air serta bilik laundry yang lengkap dan kemas. Bilik mandi utama dilengkapi dengan tub mandi yang boleh memuatkan dua orang dalam satu masa.

Berikut adalah perkongsian step by step tempahan saya dan betapa mudahnya saya merancang keseluruhan perjalanan ini untuk keluarga saya! Menjimatkan banyak masa untuk saya memikirkan apa yang perlu dipakai, apa yang perlu dilakukan untuk keluarga.

Masukkan butiran destinasi, tarikh dan bilangan ahli keluarga untuk dewasa dan kanak-kanak serta jumlah bilik penginapan.

Pilih hotel yang bersesuaian dengan keselesaan, keperluan dan fasiliti untuk keluarga anda.

Kemudian anda boleh menentukan jenis pesawat untuk penerbangan. Kebiasaannya Agoda akan mencadangkan penerbangan yang paling menjimatkan. Namun jika anda mahu membuat perubahan masa berangkat ataupun ketika pulang, anda boleh scroll ke bawah dan semak waktu penerbangan lain yang tersedia.

Untuk info, harga yang tertera adalah kos untuk ‘per person’  merangkumi penerbangan & penginapan. Selepas selesai membuat pilihan waktu penerbangan, anda boleh terus membuat pembayaran.

Di sini anda boleh lihat betapa jimatnya kos keseluruhan atau ‘Bundle Saving’ dengan Agoda Flight + Hotel berbanding jika beli secara berasingan. Berbaloi kan?

Pilih Aktiviti Menarik Di Langkawi Dengan Agoda

Dalam platform yang sama di Agoda, anda juga boleh siap-siap cari aktiviti yang sesuai untuk membawa sekeluarga. Ada beratus-ratus pilihan aktiviti pelancongan disediakan, sampai saya pun tak tahu nak pilih yang mana.

Airbnb Dedah Malaysia Negara Paling Dikunjungi oleh Tetamu Airbnb Tempatan Pada 2024

Caranya mudah, dengan hanya pergi ke laman Aktiviti dan masukkan destinasi di ruang pencarian. Nah boleh pilih yang mana anda suka!

Langkawi Here We Come!

Sudah selesai buat tempahan penerbangan, penginapan dan aktiviti, jom saya kongsikan pengalaman kami selama 3 hari 2 malam di Langkawi.

Seperti biasa, sebaik saja tiba di airport kami terus collect kereta sewa di sana. Bila di Langkawi, sebaiknya anda sewa kereta sendiri berbanding bergantung pada kenderaan awam. Jimat masa, tenaga dan senang kalau nak ke mana-mana. Tapi kalau nak guna e-hailing seperti Grab pun boleh juga. Ikut pada keselesaan masing-masing.

Restoran Nasi Dagang Pak Malau

Selesai urusan pick-up kereta, kami terus terus pergi makan tengahari di Nasi Dagang Pak Malau yang terletak di Jalan Makam Mahsuri, sekitar 20 minit dari airport. Nasi dagang di sini memang sangat terkenal di kalangan penduduk sekitar dan juga pelancong yang datang ke Langkawi.

Kebiasaannya, pelanggan akan serbu pada waktu pagi untuk sarapan sambil menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau. Antara menu popular di sini adalah Nasi Dagang Gulai Ikan dan juga Nasi Dagang Gulai Ayam Kampung. Memang sedap! Ada juga menu lain disediakan di sini kalau anda nak cuba.

Check-In Langkawi 2- Bedrooms Pool Villa

Ruang Tamu dan Ruang Makan

Kami tiba di Cenang Plaza Beach Hotel jam 3 petang untuk selesaikan urusan check-in. Kemudian kami harus memandu semula dalam 2km ke Villa ini yang terletak di Pantai Tengah. Langkawi 2- Bedrooms Pool Villa merupakan penginapan mewah dan premium oleh The Vibrant Collections yang terletak di LavaNya Residences.

Villa ini sangat besar ya! Kami disambut oleh staff mereka untuk menerangkan fasiliti yang mereka disediakan. Staff di situ siap beri pesanan, buah-buahan atas meja itu adalah percuma bukan hiasan semata-mata.

Masuk sahaja ke villa ini, sudah semestinya anak-anak teruja melihat kolam renang besar di sebelah ruang tamu. Sambil tengok TV, ibu bapa boleh pantau anak-anak mandi-manda di luar.

Jom Saksikan Fasiliti dan Suasana di Langkawi 2- Bedrooms Pool Villa

Ruang Dapur
Ruang Tamu dan Ruang Makan
Ruang Tamu
Kolam Renang
Ruang Masak
Halaman Luar Villa
Perkakas Dapur Yang Lengkap
Mesin Pembuat Kopi Juga Disediakan
Perkakas Masak
Peti Ais Yang Besar
Bilik Laundry
Bilik Utama Dengan Katil Saiz King
Dilengkapi TV Di Setiap Bilik
Pengering Rambut Juga Disediakan Di Setiap Bilik
Wardrobe
Tub Mandi
Bilik Shower & Tandas Berasingan
Balkoni Di Setiap Bilik
Bilik Kedua dengan 2 Katil Queen
Bilik Kedua dengan 2 Katil Queen
Bilik Kedua dengan 2 Katil Queen
Tanda Di Bilik Kedua
Barang Mandian Dari Jenama Tanamera

Langkawi Adventure & Xtreme Park

Selesai sahaja check-in, kami bergegas ke sebuah tarikan baru di Langkawi. Kalau sebelum ini kita selalu lihat Skybike atau basikal terbang di Jogja dan Bandung, sekarang Langkawi pun ada.

Kalau anda tak tahu, Skybike ini adalah basikal yang dikayuh di atas landasan kabel tergantung. Kalau ambil gambar nampak macam berbasikal di langit! Sebenarnya Di Langkawi  Adventure & Xtreme Park terdapat banyak lagi aktiviti best untuk seisi keluarga.

Airbnb Dedah Malaysia Negara Paling Dikunjungi oleh Tetamu Airbnb Tempatan Pada 2024

Kami hanya beli di Agoda dengan promosi 6 dalam 1 untuk aktiviti pada harga RM111 untuk dua orang. Anda boleh pilih mana-mana 6 aktiviti yang anda mahukan termasuklah ATV, lumba go kart, flying fox, memanah, menunggang kuda, paint ball, wayang 5D, rumah hantu, muzium 3D & muzium terbalik. Boleh buat tempahan di sini. 

SkyBike
Go-Kart
Rumah Terbalik
ATV
Horse Feeding
SkyBike

Skytrex Langkawi

Kami sekeluarga memilih untuk melakukan aktiviti lasak pada hari kedua di Langkawi. Di Langkawi terdapat sebuah tempat iaitu Skytrex Langkawi.

Skytrex ialah satu aktiviti extreme di atas pokok. Kami kena melalui halangan yang agak mencabar (boleh pilih level yang mudah hingga sangat mencabar). Antara halangan tersebut termasuklah flying fox, panjat tangga, meniti kayu, meniti tali dan banyak lagi. Terdapat 3 pakej yang disediakan di Skytrex iaitu little legend adventure, eagle thrill dan island extreme. Jadi anda bolehlah pilih pakej mengikut kemampuan dan keyakinan anda.

Kami sekeluarga memilih eagle thrill untuk dewasa dan little legend adventure untuk kanak-kanak. Disini faktor keselamatan sangat diutamakan. Sebelum memulakan aktiviti kami diberi taklimat dan anda jangan lupa kenakan pakaian yang sesuai untuk aktiviti lasak demi menjaga keselamatan.

Skytrex langkawi 3
Skytrex langkawi 4
Skytrex langkawi 5

Paradise 101 Langkawi – Play, Relax, Refresh

Selepas penat memanjat dan mengharungi pelbagai cabaran di Skytrex Langkawi, kami sekeluarga merehatkan diri dan menjamu selera di Paradise 101 Langkawi.

Tidak jauh dari Skytrex Langkawi, Paradise 101 Langkawi menyediakan bot khas untuk membawa para pengunjung ke Paradise 101 melalui jeti yang terletak di antara Pantai Kok dan Telaga Harbour Marina.

Pulau eksklusif ini memang luar biasa cantiknya kerana berlatarbelakangkan Lautan Andaman yang membiru. Pemandangan nya saja sudah cukup menenangkan.

Kami hanya ambil pakej paling jimat iaitu, Paradise 101 Langkawi – Play, Relax, Refresh yang berharga RM49.50 seorang. Pakej ini sudah termasuk boat transfer, Aqua Park (2 jam), Kayak (30 minit), aktiviti memancing, board games, percuma air minuman dan boleh lepak-lepak tepi pantai.

Haa jimat kan? Pakej ini memang sesuai buat seisi keluarga.

OMG Restaurant

OMG Restaurant
OMG Restaurant

Oh ya, di sini juga ada disediakan tempat makan menarik tau. Jadi tak perlu risau nak bawa bekalan makanan banyak-banyak kerana anda perlu rasai pengalaman kulinari yang menarik di OMG Restaurant. mereka juga ada menyediakan makanan ala Barat yang lain seperti Burger, Pasta, Chicken Chop dan Grilled Lamb. Tapi kalau anda tekak Melayu sejati, jangan risau! Di sini juga ada menyediakan makanan lokal seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng dan Mee Kari. Dessert seperti aiskrim dan waffle juga ada di sini.

Banyak Lagi Aktiviti Menarik Di Langkawi Bersama Keluarga

Sebenarnya banyak lagi  aktiviti menarik dengan keluarga yang anda boleh kunjungi di Langkawi. Kalau ada ada masa yang lebih lama di sini, anda boleh mencuba aktiviti dibawah dan boleh klik pautan untuk lihat harga pakej di Agoda.

  1. Lawatan Peribadi di Langkawi dengan SkyBridge dan Kereta Kabel Langkawi
  2. Splash Out Langkawi
  3. Separuh Hari Di Kilim Geoforest Park Mangrove Boat Tour

Aktiviti menarik yang disenaraikan di atas ini memang amat berbaloi sekali untuk pengunjung yang datang dengan keluarga. Jika senarai ini masih tidak mencukupi, boleh sahaja terus ke laman web Agoda untuk lebih pilihan aktiviti.

langkawi
https://lomp.at/9wrp5
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Bandar Kyoto vs. Osaka: Mana Lebih Berbaloi untuk Percutian di Jepun?

by Arsiqin Yusof
July 11, 2025

Jepun menawarkan pelbagai destinasi menarik dan dua bandar yang sering menjadi pilihan pelancong ialah Kyoto dan Osaka. Walaupun kedua-duanya terletak...

Read more
Destinasi

Turkeye: Destinasi Pelancongan Mesra Muslim

Turki merupakan sebuah negara yang terletak di antara benua Asia dan Eropah, menjadi destinasi pelancongan yang sangat mesra Muslim. Dengan...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 11, 2025
Destinasi

Jimat Besar, Jalan Jauh! Ini Cara Paling Bajet dan Chill Untuk ‘Explore’ Bandar Sydney, Australia

Pada bulan April yang lalu, MURAI ke Sydney untuk menikmati Vivid Sydney 2025, hasil trip bersama AirAsia X dan Destination...

Read more
by Phic ARMAN
July 5, 2025
Destinasi

Naik Heli, Mandi Dengan Buaya & Sarapan Dengan Busut: Ini Cerita MURAI di Darwin, Australia

Tak semua hari kita boleh kata, “Eh, tadi aku mandi dengan buaya, lepas tu breakfast tengah busut, petangnya naik unta...

Read more
by Phic ARMAN
July 3, 2025
Destinasi

Fairmont Tokyo Rasmi Dibuka: Ini Sebab Kenapa Traveler Level ‘Kayangan’ Tak Boleh Miss Stay Sini

Buat korang yang tengah plan nak ‘upgrade’ percutian ke Jepun, ada satu berita hot yang wajib masuk dalam wishlist: Fairmont...

Read more
by Phic ARMAN
July 2, 2025
Destinasi

Singapore Oceanarium Bakal Dibuka Julai 2025: Tarikan Lautan Terbesar di Sentosa!

Bagi sesiapa yang gemar tempat bertemakan alam dan lautan, Singapura bakal memperkenalkan sebuah tarikan baharu yang pastinya menarik perhatian. Mulai...

Read more
by Phic ARMAN
June 26, 2025
Destinasi

AirAsia X Lancar Laluan KL–Tashkent: Inilah Sebab Kenapa Uzbekistan Jadi Destinasi Idaman Ramai!

Kalau selama ini anda tercari-cari destinasi luar kotak, jauh dari kesibukan kota moden tapi tetap kaya dengan budaya, sejarah dan...

Read more
by Phic ARMAN
June 23, 2025
Destinasi

[VIDEO] Ramai Tak Tahu, Ini Antara 7 Lata Di Malaysia Yang Boleh Dilawati Dalam Masa 1 Hari Sahaja!

Bila sebut pasal air terjun, ramai akan terbayang tempat yang jauh di pedalaman atau perlu bermalam untuk sampai. Tapi sebenarnya,...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 23, 2025
Destinasi

Agoda Umum Kuala Lumpur Sebagai Destinasi “Micro-Travel” Paling Popular di Asia

Kuala Lumpur dan Pulau Pinang membuktikan bahawa percutian singkat mampu memberikan pengalaman manis dan bermakna. Kuala Lumpur Destinasi Teratas via...

Read more
by Aphit J.
June 21, 2025
Destinasi

Skytrax Angkat AirAsia Kekal 16 Tahun Menguasai Langit Dunia, Kata-kata Tony Fernandes Buat Ramai Tersentuh

Bayangkan satu impian kecil dari tanah air, yang kini bergema megah di persada dunia. Hari ini, kita semua ada sebab...

Read more
by Phic ARMAN
June 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  4. 4

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem