Wednesday, February 1, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Rangkul Anugerah Di FFM32, Beto Kusyairy Beri Peringatan Kepada Peminat Filem Tempatan

Beto menitipkan rasa syukur kerana lakonannya mendapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-32

by Mas Ayu
December 5, 2022
via Instagram Beto Kusyairy

via Instagram Beto Kusyairy

37
KONGSIAN
Share on Facebook

Kemeriahan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-32 yang berlangsung pada 2 Disember 2022 (Jumaat) lalu masih lagi dirasai, apatah lagi ramai penggiat seni tanah air menerima anugerah serta pengiktirafan tinggi hasil dari usaha kerja keras yang dilakukan mereka dalam dunia perfileman.

Kerja Keras Di Layar Perak Diiktiraf

Dalam 31 kategori dan anugerah yang tersenarai, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dirangkul oleh Beto Kusyairy bagi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Namun pelakon berbakat ini tidak dapat menghadiri festival berkenaan kerana kekangan masa serta tanggungjawab.

Menjengah ke Instagram pelakon filem Mat Kilau ini, Beto memuatnaik ucapan istimewa atas pengiktirafan dan anugerah yang diterimanya semasa di festival tersebut.

“Syukur alhamdulillah, walau gayat juga atas pengiktirafan setinggi ini. Ampun maaf kepada pihak festival kerana tak dapat bersama-sama meraya dan merai dek kekangan masa serta tanggungjawab sedia ada.” Tulisnya

Beto juga menitipkan ucapan buat warga disebalik tabir penerbitan filem Mat Kilau, dan juga buat pengarah filem berkenaan iaitu Syamsul Yusof.

“Kepada seluruh warga penerbitan #filemMatKilau terutama sang nakhoda @syamsulyusoffilm yang jerih perihnya aku tak boleh pertikai. Ini adalah hasil daripada kerja keras hempas pulas kau juga.” Tulisnya lagi

via Instagram Beto Kusyairy

Titip Pesan Sokong Filem Tempatan

Dalam pada itu, Beto juga menitipkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong serta sempat berpesan agar masyarakat dapat terus menyokong filem tempatan menerusi saluran yang sah dan bukan sebaliknya.

“Terima kasih kepada yang menyokong. Terus semarakkan filem kita melalui cara yang betul. Tinggalkan tontonan cetak rompak khususnya filem-filem tempatan melalui telegram atau mana-mana platform yang tidak sah.

Sekecil inisiatif sebegini memberi impak besar kepada kami selaku penggiat untuk memartabatkan filem kita.

Semoga filem kita menjadi lebih baik di masa akan datang dari segala sudut selain menginspirasi antara satu sama lain berkat dari sokongan dan doa kalian.. InsyaAllah.” Coretnya

Sekadar info, selain Beto yang berjaya memenangi bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Datuk Adi Putra selaku teraju utama filem popular tersebut, juga berjaya memboloti anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. Malah filem Mat Kilau juga mendapat anugerah istimewa bagi kategori Anugerah Khas Filem Box Office.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Beto KusyairyFestival filem malaysiaFFM32finasMat KilauPelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Share15Tweet9SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?
Selebriti

Zizan Razak Buat Hawa Rizwana Tak Kering Gusi Di Set Penggambaran?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?
Selebriti

Video Ikhlas Jalil Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Buat Netizen Berharap?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?
Selebriti

Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Nyanyian Aina Abdul Masa Remaja Jadi Tumpuan Netizen – “Dia Kerja Keras Nak Jadi Diri Dia Hari Ni”
Selebriti

Nyanyian Aina Abdul Masa Remaja Jadi Tumpuan Netizen – “Dia Kerja Keras Nak Jadi Diri Dia Hari Ni”

by Mas Ayu
January 31, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  5. 5

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan