Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Mahu Atasi Tompokan Warna & Hiperpigmentasi Pada Kulit? MURAD Ada Penyelesaiannya!

by Phic ARMAN
December 10, 2022
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Tompokan warna dan hiperpigmentasi kulit adalah masalah kulit biasa yang terhasil daripada peningkatan melanin – iaitu pigmen yang memberikan warna kepada kulit, rambut dan mata – akibat daripada pendedahan kepada cahaya matahari, pengaruh hormon, umur, kecederaan kulit atau keradangan.

Terhasil secara semula jadi menerusi kulit dan apabila sel kulit rosak atau tidak sihat, sel kulit boleh menghasilkan terlalu banyak melanin, yang seterusnya berkelompok lantas ia mengakibatkan kawasan yang terjejas kelihatan lebih gelap.

Apabila punca masalah berkenaan ditemui dan dihentikan, usaha untuk memudarkan tompokan warna kulit ini akan mengambil masa, dengan pakar kulit menganggarkan satu tompokan yang lebih gelap sedikit daripada warna kulit semula jadi seseorang itu hanya pudar dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Dan sekiranya tompokan berkenaan sudah meresap ke dalam kulit, proses pemudaran akan mengambil masa bertahun lamanya.

Untuk membantu memperbaiki tompokan dan mencegah hiperpigmentasi, Murad Skincare telah mencipta Correct & Protect Serum Broad Spectrum SPF 45 | PA++++, yang bakal diperkenalkan di Malaysia bulan ini.

Serum selembut satin dengan 100% mineral SPF ini sudah dibuktikan secara klinikal untuk memperbaiki tompokan warna yang ketara dan mencegah hiperpigmentasi daripada terus berlanjutan.

Keunikan produk Murad ini terletak pada teknologi karotenoid dimilikinya – yang menggunakan sumber secara bertanggungjawab daripada adunan jojoba, squalane dan ekstrak buat tomato – yang memantulkan cahaya UV untuk keserian serta-merta dan bertindak sebagai antioksidan berkuasa untuk mencerah dan mengurangkan tompokan warna yang ketara.

Ia turut mengandungi ekstrak ubi bit yang menyediakan, dos penghidratan seumpama pelembap cepat menyerap yang digemari oleh semua jenis kulit. Bukan itu sahaja, ekstrak ubi bit juga merangsang pengeluaran Vitamin D kulit.

Dan SPF yang menakjubkan ini menyediakan perlindungan UV berasaskan mineral dengan spektrum meluas yang tidak meninggalkan lapisan putih untuk kulit benar-benar berseri yang telah diuji secara klinikal pada jenis kulit 1 hingga 6 Fitzpatrick – skema klasifikasi berangka bagi warna kulit manusia yang dibangunkan oleh pakar dermatologi untuk menganggarkan tindak balas jenis kulit berbeza terhadap cahaya UV.

Hasil kajian klinikal selepas dua minggu penggunaan – seperti diukur oleh penggredan pakar – menunjukkan bahawa 80% daripada mereka yang diuji menyaksikan penambahbaikan dari segi keserian kulit dalam dua minggu, dan 84% memperoleh kulit yang lebih cerah selepas empat minggu.

Justeru jika anda bergantung kepada serum dan pelindung matahari yang berbeza untuk memperbaiki masalah tompokan warna dan perlindungan daripada hiperpigmentasi, anda harus mencuba inovasi dua-dalam-satu terkini daripada Murad yang cukup baik untuk kulit seimbang, berminyak, kombinasi, kering dan sensitif.

Bukan sahaja ia lebih mudah dan berkesan, 91% yang mencuba buat pertama kali mengakui bahawa ia memberikan sapuan yang tidak ketara, dan kulit mereka berasa lembap serta-merta.

Regimen penggunaan yang disarankan:

Pertama, bersihkan permukaan kulit dengan Essential-C Cleanser Murad, kemudian bilas dan keringkan.
Kemudian gunakan Rapid Dark Spot Correcting Serum, diikuti dengan Pelembap Murad.
Akhir sekali, goncang Correct & Protect Broad Spectrum SPF 45 dan sapu pada muka, leher dan dada.

Di mana ia boleh didapati

Correct & Protect Broad Spectrum SPF 45 Murad akan dijual pada harga RM358 untuk botol 30ml. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, layari: www.murad.com.my/product/

Murad Skincare
https://lomp.at/3uzf1
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Cosmopolitan
Fesyen

[FOTO] Gayakan Gaun Ala “Revenge Dress”, Ini Penampilan Pertama Dakota Johnson Selepas Berpisah

by Soph Azz
June 17, 2025

Berdasarkan People, beberapa sumber mengesahkan bahawa hubungan Chris Martin dan Dakota Johnson telah berakhir. Selepas hubungan romantik mereka telah berakhir,...

Read more
Kecantikan

[VIDEO] Dododots Perkenal Koleksi Edisi Terhad Bersama Aziz Harun!

Jenama pelekat jerawat terkenal Malaysia, Dododots mengambil pendekatan unik dalam penjagaan jerawat dan mengumumkan satu lagi kolaborasi istimewa. Kali ini,...

Read more
by Naddy Joe
June 16, 2025
Indonesia

[VIDEO] Tetap Cantik! Pengantin Wanita Berkumis Curi Perhatian Ramai

Penampilan unik seorang pengantin wanita dari Indonesia baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas video persiapannya dimuat naik oleh seorang juru...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 15, 2025
Kecantikan

Good Virtues Co & Richiamo Coffee Perkenal Minuman Habbatus Sauda

Good Virtues Co., Jenama produk Halal Clean Beauty dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan cara baharu untukmenikmati kelebihan...

Read more
by Naddy Joe
May 14, 2025
Kecantikan

KAO Malaysia dengan Kerjasama Watsons Lancar Kempen “Skin Protection, Life Perfection”

KAO Malaysia dengan kerjasama Watsons telah melancarkan kempen “Skin Protection, Life Perfection” bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan perlindungan kulit sebagai...

Read more
by Aphit J.
May 10, 2025
Kecantikan

Dododots Perkenal Koleksi Edisi Terhad The Powerpuff Girls!

Jenama pelekat jerawat terkenal Malaysia, Dododots melancarkan koleksi edisi terhad bersempena siri animasi superhero The Powerpuff Girls pada Mac 2025...

Read more
by Naddy Joe
April 11, 2025
Kecantikan

Zahirah Macwilson Bongkar Rahsia Kecantikan Dengan Menggunakan Teknologi Ulike

Alaf kecantikan yang baharu kini tiba di Sunway Pyramid! Ulike, jenama peranti penyingkir bulu No.1 Dunia yang diiktiraf oleh Akademi...

Read more
by Aphit J.
March 22, 2025
Celebrity

[VIDEO] Perubahan Wajah Shima Jadi Tanda Tanya, Pemilik Klinik Rawatan Beri Penjelasan

Siapa yang tidak mengenali penyanyi wanita era 90an, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Shima(56), yang terkenal...

Read more
by Arsiqin Yusof
March 21, 2025
Kecantikan

[VIDEO] Gelagat Thalia ‘Rosalinda’ Menari Buatkan Peminat Cemburu, -“Kenapa Tak Tua-Tua?”

Pelakon utama telenovela popular Rosalinda, Thalia, yang mencuri perhatian ramai dengan penampilannya yang seolah-olah tidak dimamah usia, sekali lagi membuatkan...

Read more
by Phic ARMAN
December 26, 2024
Foto - @priyankachopra (IG)
Hollywood

Priyanka Chopra Pamer Pinggang Kerengga, Rupanya Senaman Sehingga Hilang 10Kg Sebulan!

Baik anak dara atau golongan mak-mak, siapa je yang tak mahukan pinggang kerengga kan? Tak dinafikan, Murai terkejut juga lihat...

Read more
by Soph Azz
October 29, 2024
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  4. 4

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem