Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Wow! TV2 Sedia Lapan Program Khas Tutup Tirai 2022

by Aphit J.
December 18, 2022
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebagai penutup tahun 2022 yang penuh suka duka ini, TV2 mengajak penonton berhibur dengan lapan tayangan program khas pelbagai genre termasuklah filem-filem dari beberapa negara.

Sehingga Hujung Tahun

Luangkan masa menyaksikan lima filem pelbagai bahasa iaitu “96”(25 Disember ini, pukul 10.30 malam),“Total Dhamal”(26 Disember ini, pukul 9.00 malam), “SPL II – A Time for Consequencess” (29 Disember ini, pukul 9.00 malam), “Dreambuilders”(30 Disember ini, pukul 9.00 malam) dan “Mr.Zoo: The Missing VIP”(30 Disember ini, pukul 10.30 malam).

Menanti anda termasuklah dua telemovie iaitu “Jalan Pulang” pada 27 Disember ini, pukul 9.00 malam, dan “Portal” (28 Disember ini, pukul 9.00 malam). Nantikan juga kemuncak sebelum menjelangnya tahun baharu 2023 iaitu “Konsert Minggu Ini Siti Nurhaliza” pada 31 Disember ini, pukul 9.00 malam.

Filem Bollywood

via TV2

Tonton filem bertajuk “96” menceritakan kisah dua kekasih sekolah menengah bertemu di perjumpaan yang diadakan semula selepas 22 tahun dan mereka mengenang masa lalu ketika bersama.

Menampilkan gandingan pelakon popular Ajay Devgan, Anil Kapoor dan Madhuri Dixit, saksikan filem “Total Dhamal” membawa kisah mengenai seorang lelaki yang bernama Guddu merupakan seorang penipu kecil-kecilan. 

Diteruskan Dengan Filem Aksi Dan Komedi

via TV2

Penggemar filem aksi penyiasatan usah ketinggalan menyaksikan filem “SPL II – A Time for Consequencess” lakonan berkesan Tony Jaa, Jing Wu, Simon Yam dan Jin Zhang. Ia membawa kisahh Kit, seorang pegawai polis. 

Seterusnya luangkan masa menonton filem animasi komedi kekeluargaan bertajuk “Dreambuilders” arahan Kim Hagen Jensen mengetengahkan plot watak Minna, seorang gadis muda telah menyalahgunakan keupayaan barunya untuk mencipta dan mengawal impian orang lain.

Menarik dibawakan dalam filem Korea Selatan bertajuk “Mr.Zoo: The Missing VIP” lakonan Sung-Min Lee, Seo-Hyeong Kim, dan Bae Jeong-Nam, kisah seorang Ejen Keselamatan Negara dan Zoofobia Tae-ju tiba-tiba menerima kemampuan untuk bercakap dengan haiwan selepas kemalangan.

Telemovie Melayu

via TV2

Sementara itu telemovie “Jalan Pulang” berkongsi cerita Rayyan yang selalu leka dengan gajetnya menjadikan dia sombong dan tidak suka berkawan.  

Ada juga telemovie “Portal” lakonan Zamarul Hisham, Aleeza Shadan, Zali Rusly, dan Nur Qistina Raisah, semasa bercuti bersama keluarga, empat sekawan telah menjumpai portal yang membawa mereka ke alam fantasi.

Sebagai penutup tirai tahun 2022, TV2 menyiarkan “Konsert Minggu Ini Siti Nurhaliza”, penyanyi nombor 1 negara dengan vokalnya yang mantap dan hebat.

Konsert kali ini membawakan seleksi hits beliau sepanjang penglibatannya dalam industri muzik. Konsert Minggu Ini bersama Siti Nurhaliza ini turut mengundang Kmy Kmo dan Luca Sickta sebagai tetamu jemputan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: RTMsiti nurhalizatv2
Share13Tweet8SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?
Filem

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Saharul Ridzwan Hampir Lemas Di Tengah Laut, Penerbit Kongsi Detik Cemas Ketika Penggambaran Filem COAST GUARD
Filem

Saharul Ridzwan Hampir Lemas Di Tengah Laut, Penerbit Kongsi Detik Cemas Ketika Penggambaran Filem COAST GUARD

by Phic ARMAN
February 1, 2023
‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian
Bollywood

‘Assalamualaikum’- Babak Deepika Padukone Bagi Salam Kepada Shah Rukh Khan Dalam Pathaan Curi Perhatian

by Phic ARMAN
January 30, 2023
Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama
Bollywood

Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

by Phic ARMAN
January 26, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan