Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

“Sampai Bila?”-Isteri TMJ Komen Kes Kematian Kanak-kanak 4 Tahun Akibat Didera Di Johor

by Rory Kim
December 28, 2022
Share on Facebook

Semakin menjadi-jadi isu penderaan kanak-kanak di Malaysia. Isu ini seolah-olah menjadi satu isu yang wajib berlaku setiap tahun dek kerana tiada tindakan yang serius dikenakan terhadap individu yang melakukan jenayah ini.

Isteri TMJ, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam telah memuat naik satu perkongsian mengenai isu penderaan kanak-kanak di laman sosial instagram miliknya @ymchepuankhaleeda. 

“Bukan Satu Perkara Yang Enteng”

VIA Instagram ymchepuankhaleeda

Berdasarkan perkongsian beliau di instagram, beliau mengatakan bahawa akan mengambil maklum isu penderaan kanak-kanak yang membabitkan seorang kanak-kanak meninggal dunia di Johor baru-baru ini. Beliau berpendapat bahawa isu ini merupakan satu isu yang serius dan tidak sepatutnya dipandang sebelah mata oleh semua pihak, lebih-lebih lagi melibatkan nyawa.

saya mengambil maklum berhubung kejadian membabitkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang meninggal dunia di Johor pada 23 Disember 2022 akibat didera.

Tambahnya lagi, pihak kehakiman perlu mengkaji semula perundangan bagi jenayah penderaan kanak-kanak ini dan memperketatkan undang-undang bagi menjamin keselamatan golongan kanak-kanak ini.

langkah kehakiman serta perundangan berhubung jenayah penderaan kanak-kanak wajar dikaji semula dan dilaksanakan dengan lebih ketat bagi melindungi golongan kanak-kanak rentan.

“Sampai Bila Nak Baca Kes-Kes Penderaan?”

VIA Instagram ymchepuankhaleeda

Beliau turut menyeru semua pihak untuk mengambil tanggungjawab yang sewajarnya bagi melindungi kanak-kanak ini. Soalnya dalam perkongsian tersebut  sampai bila hendak membaca kes-kes seperti ini di media sosial dan akhbar.  Menurut beliau, kanak-kanak merupakan satu anugerah dari tuhan untuk dijaga dan disayangi, bukan untuk dipijak-pijak.

sampai bila kita hendak membaca kes-kes seperti ini di surat khabar serta media sosial?

kanak-kanak bukan insan yang boleh dipijak, dipukul, dibaling sesiapa. Kanak-kanak adalah anugerah yang diberikan oleh tuhan untuk dijaga dan disayangi.

Sekadar info, Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda direstui untuk berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh YBhg. Mufti Johor, Dato’ Mohd Tahrir Samsudin. Selepas diijab kabulkan, baginda dikurniakan gelaran Che’ Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri Tunku Mahkota Johor yang bukan berketurunan raja

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
instagramYAM Che' Puan Besar Khaleeda
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara