• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Awesome TV Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia, Rangkul Anugerah Cemerlang SKMM

by Arsiqin Yusof
December 28, 2022
Share on Facebook

Walaupun baru dua tahun beroperasi, stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV berjaya meletakkan tanda aras baharu sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan sebagai destinasi utama pilihan rakyat Malaysia apabila merangkul anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ bagi kategori televisyen percuma MCMC Star Rating Awards 2021 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diadakan secara tertutup pada 21 Disember lalu.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital; YB Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital; Datuk Seri Mohammad Mentek serta Ketua Pegawai Operasi SKMM; Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus kepada Awesome TV sebagai pengiktirafan terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan cemerlang yang ditawarkan oleh Awesome TV kepada rakyat Malaysia.

Untuk makluman, majlis penganugerahan ‘MCMC Star Rating Awards’ mula dianjurkan pada 2016 untuk mengiktiraf perkhidmatan cemerlang industri. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan peranan penting yang diketengahkan oleh pemain-pemain industri dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang menerusi tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier.

View this post on Instagram

A post shared by Awesome Broadcasting Sdn Bhd (@awesometvmalaysia)

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif

Mengulas lanjut mengenai anugerah yang diterima, Dato’ Adam Ilyas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV berkata;

“ Sebagai pembekal kandungan hiburan tanah air, kami amat gembira dengan pengiktirafan cemerlang yang diberikan oleh pihak SKMM dan menyifatkan ia sebagai sebuah penghormatan yang cukup membanggakan.

“Dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ bagi kategori televisyen percuma sekaligus membuktikan segala usaha keras dan komitmen berterusan Awesome TV selama ini berjaya memberi kepuasan kepada segenap lapisan masyarakat terhadap perkhidmatan dan kandungan berkualiti yang ditawarkan oleh kami.

“Kami ingin mengucapkan syabas kepada pihak SKMM di atas penganjuran majlis penganugerahan seumpama ini kerana ia dapat menyemai budaya persaingan yang sihat dalam kalangan pemain industri. Pengiktirafan yang diberikan pastinya berfungsi sebagai faktor pendorong yang dapat menyuntik semangat kepada stesen televisyen seperti Awesome TV untuk terus memberikan perkhidmatan yang produktif dan inovatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka yang tidak pernah berbelah bahagi kepada Awesome TV selama ini kerana tanpa sokongan mereka, kejayaan ini pastinya tidak tercapai.” katanya.

Jumlah Tontonan Melonjak

Untuk rekod juga, Awesome TV telah berjaya mencatatkan jumlah tontonan terkumpul yang melonjak sehingga 2.6 bilion sejak stesen ini mula beroperasi pada tahun 2020 sehingga kini. Ini adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan, pengguna dan media, Nielsen Malaysia.

Statistik tersebut membuktikan program-program terbitan Awesome TV berjaya membekaskan impak di hati rakyat Malaysia sekaligus menjadikan stesen ini sebagai destinasi utama untuk menikmati program-program hiburan berkualiti di Malaysia. Teruskan menonton variasi program-program hebat Awesome TV di saluran Astro (123) dan MyTV (112).

awesome tv
https://lomp.at/8zv0k
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore