Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Gelagat Orang Singapura Buat CPR Kereta Disindir Netizen- ‘Sangat Memalukan ‘

by Phic ARMAN
January 5, 2023
138
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, empat sekeluarga dilihat menggoncang kereta mereka ketika mengisi minyak petrol di sebuah stesen minyak untuk mendapatkan petrol sebanyak mungkin di Johor Bahru, Johor. Video ini semestinya telah membuatkan rakyat Malaysia geli hati.

Dalam video berdurasi dua minit itu, seorang wanita boleh dilihat mengisi minyak petrol manakala tiga daripadanya, mungkin ahli keluarga, termasuk seorang wanita warga emas, menekan kenderaan mereka ke atas dan ke bawah dengan kuat.

Mereka ditemui di stesen Caltex di Taman Pelangi, Johor Bahru, dan, menurut China Press, keluarga itu menetap di Singapura kerana kereta itu tertera plat lesen Singapura.

Keluarga ini percaya bahawa mereka boleh mengisi tangki mereka sehingga kapasiti 100% dengan menyengetkan atau menggoncangkan kereta semasa ia mengisi minyak petrol.

Ternyata seluruh rakyat Malaysia geli hati menonton rakaman video kereta bergoncang ini di ruangan komen, malah ada yang menggelar tindakan itu sebagai bantuan pernafasan, “cardiopulmonary resuscitation” atau CPR.

“Haha. Prosedur kecemasan (untuk menyelamatkan) kereta. CPR sedang dijalankan,” komen seorang pengguna Facebook.

“Pam petrol sampai tahap ini. Sangat Memalukan.” ejek seorang lagi.

“Pemikiran diorang kalau buat macam sekali tuang boleh tahan setahun minyak dalam tangki”

“Hairan rakyat seberang sana sangat suka buat CPR kat kereta semasa isi minyak kat Malaysia..harap pihak berkuasa tolong saman station minyak tu..”

Lihat video di bawah seperti yang dikongsikan di laman Facebook 你想知道的秘密 Secret. 

Menurut tinjauan kami , video itu telah dikongsi di beberapa halaman Facebook dan menerima beribu-ribu perkongsian. Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Iman Tang Umum Berita Gembira Buat Peminat Genkru Di Singapura & Malaysia
singapura
https://lomp.at/ufcjy
Share55Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem