• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Buang Lemak Di Pipi? Trend Pembedahan Plastik Yang Tengah Hot Di Korea

by Lisa Ghani
January 6, 2023
Foto - Insider

Foto - Insider

Share on Facebook

Lumrah kehidupan bila kita merasa mahu merubah penampilan diri. Kita terasa ada sesuatu pada diri yang tidak cantik di mata, dan memilih untuk melakukan sesuatu dengan ‘membuangnya’. Mungkin itulah yang terjadi pada negara yang cukup pentingkan kesempurnaan kecantikan, Korea Selatan.

Industri kecantikan Korea adalah salah satu yang paling menguntungkan di dunia. Dengan kebanjiran trend kecantikan, berserta tekonologi canggih yang sering menarik pengunjung, ada juga ramai yang pergi ke negara itu untuk pelbagai prosedur pembedahan plastik. Jadi, tidak hairanlah industri penjagaan kulit terus memberi impak pada dunia.

Dipetik dari Koreaboo, sebelum ini pembedahan kelopak mata dan operasi hidung yang menjadi tumpuan, tetapi kini satu lagi prosedur yang semakin meningkat naik. Dimaklumkan ia bukan saja diperkatakan dalam kalangan peminat dan netizen Korea, tetapi di seluruh dunia.

Timbul pula prosedur buang lemak di pipi?

Pembuangan lemak adalah prosedur kosmetik yang melibatkan penyingkiran lemak dari pad lemak bukal yang terletak di pipi. Sebaik saja lemak dibuang dari pipi, tulang pipi akan kelihatan lebih jelas. Ini membantu untuk mencapai imej yang lebih jelas, runcing dan berkontur.

Foto – Clinic

Dipetik dari Beauty Insider, pembedahan ini adalah salah satu prosedur kosmetik yang kurang invasif dan tidak memakan masa. Rawatan yang cepat dan tidak menyakitkan yang mengambil kira-kira 30 minit dan boleh dilakukan di pusat aesthetic tempatan.

Walau bagaimanapun, kerana ia masih pembedahan, ia mempunyai risiko dan mesti dilakukan oleh doktor yang bertauliah dalam persekitaran yang selamat. Pakar bedah plastik yang berkelayakan sedar bahawa terdapat saluran dan saraf yang terjerat pada lemak bukal.

Walaupun khabar angin ramai selebriti telah melakukan prosedur ini, tetapi hanya model Chrissy Teigan yang mengakuinya bila ditanya peminat perihal wajahnya sekarang.

Ada kesan sampingan?

Walaupun prosedurnya mudah, ia tidak dapat dipulihkan yang menyebabkan pakar bedah dan pakar dermatologi memberi amaran supaya memikirkan pertimbangan yang mendalam.

Membuang terlalu banyak lemak bukal boleh menyebabkan kesan penuaan pramatang yang hanya akan menjadi lebih teruk apabila pesakit semakin tua.

Foto – USA Today

“Kamu tidak boleh terlalu agresif dan mengeluarkan sejumlah besar. Perlu lebih lembut dałam mengeluarkan sebahagian supaya apabila pesakit semakin tua, mereka tidak menua dan bahagian muka tidak ‘kendur’ sebelum waktunya,” jelas Dr. Ira Savetsky, pakar bedah plastik di New York City (CBS News).

buang lemak pipibuccal fat removal
https://lomp.at/matu9
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
missmurai

“Mentua VS Menantu”- 5 Penyebab Kenapa Ramai Wanita Yang Tak ‘Ngam’ Dengan Mentua

by Soph Azz
April 26, 2023

Psst... Kamu perasan tak yang tak semua wanita baik dengan mentua? Kalau ada yang dilayan baik seperti anak sendiri, alhamdulillah....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore